Kenapa Badan Baby Masuk Angin Semasa Tempoh Pantang?

Shares

Banyak kepercayaan kata baby berangin sebab apa yang mak makan.

Ia boleh jadi salah satu sebab, cuma ianya bukan sebab utama baby masuk angin semasa pantang.

Lain masyarakat, lain budaya pasti ada senarai makanan berangin yang berbeza mengikut budaya sesuatu masyarakat.

Jadi tak boleh nak pukul rata kata makanan tertentu ini menyebabkan angin.

5 Sebab Utama Baby Masuk Angin Semasa Pantang

#1: Sistem Penghadaman Baby Belum Matang

Antara sebab utama baby masuk angin semasa pantang adalah sebab sistem penghadaman baby masih belum matang.

Baby memang dilahirkan dengan sistem penghadaman yang masih developed over time.

Jadi perhatikan juga jenis makanan yang merangsang baby tak selesa dalam pantang.

Tak semua baby akan masuk angin jika makan makanan A. Setiap baby adalah berbeza.

#2 : Aliran susu terlalu laju

Kadang-kadang susu yang masuk ke dalam payudara terlalu banyak. Bila baby menyusu, baby terpaksa terima susu yang banyak terlalu laju sehingga baby tersedak.

Kadang-kadang ini menyebabkan masa baby menyusu, baby turut tertelan angin.

Untuk elakkan masalah ini, cuba susukan baby setiap 2-3 jam sekali supaya susu tak terlalu laju. Atau kalau laju, perah sikit dahulu sehingga aliran susu menjadi perlahan, baru suakan kepada baby.

#3: Menangis terlalu lama

Bila menangis terlalu lama pun, perut baby boleh jadi kembung dengan angin.

Jadi kalau baby menangis walaupun baru lepas menyusu, cuba periksa diapers baby. Kadang-kadang ada baby memang penggeli, baru kencing sikit dah nak tukar.

Cuba juga test kot-kot baby tak selesa sebab bilik terlalu panas atau terlalu sejuk, atau baby hanya nak di peluk.

Yang penting elakkan baby menangis terlalu lama.

#4: Menyusu menggunakan botol susu

Baby biasanya telan lebih banyak angin bila menyusu menggunakan botol susu.

Untuk elakkan perkara begini berlaku, guna puting susu yang aliran susunya perlahan supaya baby tak terkejar untuk menyusu.

Untuk elakkan baby banyak telan angin, semasa susukan baby menggunakan botol susu, letak baby pada posisi 45 darjah, bukan baring.

Pastikan mulut baby melekap pada puting botol susu dan condong kan botol susu supaya susu memenuhi puting botol susu.

Jangan sesekali tinggalkan baby hisao botol susu yang kosong.

Kalau baby masuk angin, burp kan baby hingga baby sendawa.

#5: Makanan selain susu ibu

Apa-apa makanan yang ibu bagi kepada baby selain dari susu ibu mempunyai potensi tinggi menyebabkan angin kepada baby.

Seboleh mungkin 6 bulan pertama ini bagi susu ibu sahaja, insya-Allah ia mencukupi untuk tumbesaran baby yang sihat dan cergas.

Apa nak buat bila baby masuk angin?

Selain daripada apa yang di kongsikan di atas, kita juga boleh cuba :

1/ Urutan baby

Biasanya saya buat urutan I Love You atau urutan basikal.

2/ Perhatikan makanan yang kita makan

Tak perlu pantang semua makanan. Tapi perhatikan makanan mana yang membuatkan baby tak selesa.

Pantang yang itu sahaja.

3/ Burp baby

Burp kan baby setiap kali selepas menyusu untuk keluarkan angin yang mungkin baby telan semasa menyusu.

Baby masuk angin boleh buatkan baby susah nak tidur dan tak sedap badan. Semoga perkongsian ini membantu ibu-ibu yang bakal bersalin dan sedang berpantang.

Sumber : https://kellymom.com/parenting/parenting-faq/gassybaby/

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.