Kenapa Baby Kerap Menangis? Adakah Sebab Susu Kita Tak Cukup?

Shares

Antara keresahan ibu baru bersalin adalah bila baby kerap menangis.

Kenapa baby menangis?

Dah lah susu putih tak keluar-keluar.

Sebelum itu mari kita imbas kembali tempoh 9 bulan 10 hari baby.

Asalnya baby duduk dalam rahim kita. Setiap saat dengar degup jantung kita.

Setiap saat kita bersama dengan baby. Pergi toilet, baby dalam perut. Makan lunch, baby dalam perut. Bahkan tidur pun, baby dalam perut.

Bayangkan 9 bulan 10 hari dah terbiasa dengan situasi tersebut.

Tiba-tiba bila baby lahir, baby terpisah dari maknya.

Tiada lagi setiap detik dan setiap saat bersama. Tiada lagi degup jantung si ibu sepanjang masa.

Baby mula resah dan satu-satunya cara untuk baby bagitahu kita adalah dengan cara tangisan.

Mana lah dia tahu nak cakap lagi, kan.

Jadi kalau baby menangis, usah ingat hanya sebab baby lapar atau nak menyusu.

4 Sebab Baby Kerap Menangis

Ada banyak sebab baby menangis. Antaranya :

1. Suhu bilik terlalu sejuk atau terlalu panas

Kalau dalam rahim, air ketuban yang akan regulate suhu yang sesuai untuk baby.

2. Angin

Angin masuk biasanya bila mak tersalah makan. Kembung perut baby membuatkan baby tak selesa.

Credit gambar : babycenter.co.uk

3. Nak berpeluk

Sebab selama 9 bulan 10 hari dah bersama ibunya setiap saat, jadi baby perlukan masa untuk terima hakikat yang dia dah lahir dan bukan satu entiti lagi dengan ibunya.

Jangan sesekali salahkan baby manja.

Itu memang sifat semulajadi. Kita dewasa pun kalau pindah ke tempat baru, mesti sikit-sikit nak jenguk tempat lama.

4. Baby tak selesa

Ada banyak sebab yang memungkinkan baby tak selesa.

Ada baby tak suka dibedung, ada yang tak suka di selimut, ada yang lebih suka pakai baju lengan panjang, etc.

Usah mengeluh. Ini adalah tempoh untuk kita mula kenal dan memahami peribadi anak kita.

Alah macam kita masa mula-mula nak kenal suami kita, kan. Macam-macam yang kita baru tahu dan cuba untuk sesuaikan diri.

Insya-Allah lama-lama kita akan terbiasa.

Jadi sebelum bersalin, expect perkara-perkara begini dan persiapkan mental kita.

Insya-Allah masa pantang nanti kita tak mudah untuk stress.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.