Kenali Penyakit Thalassemia Dan Tanda-Tandanya

Shares

Thalassemia.. Tak ramai yang tahu penyakit ni. Mungkin kita pernah dengar, tetapi tidak mengetahui apakah sebenar penyakit dan penyakit ini.

Apakah Penyakit Thalassemia

 

Thalassemia terjadi apabila terdapat gen yang mengawal penghasilan hemoglobin terjejas , dan menyebabkan hemoglobin yang tidak normal terhasil. Antara kesan ketara dalam pesakit thalassemia berlakunya anemia (kekurangan darah merah) yang disebabkan oleh sel darah mereka yang musnah.

Hemoglobin ialah sejenis protein di dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh sel di dalam badan manusia

Thalasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen thalassemia daripada ibu bapa mereka. Ianya bukan penyakit berjangkit iaitu tidak boleh dipindah atau berjangkit melalui darah, udara, air atau pun sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.

Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen thalassemia.

Kenali Hemoglobin

Hemoglobin diperbuat daripada 4 protein molekul (rantaian globulin) yang berhubung antara satu sama lain.

Bagi orang dewasa, molekul hemoglobin terdiri daripada 2 alpha globulin dan 2 beta globulin. Di dalam fetus dan bayi, kebiasaanny adalah terdiri daripada 2 alpha dan 2 gamma globulin. Semakin membesar bayi tersebut, rantaian gamma akan perlahan-lahan digantikan oleh rantaian beta.

Apabila terdapat kecacatan dalam salah satu globulin ini, ia akan menentukan jenis thalassemia yang dihidap oleh pesakitnya.

Alpha thalassemia berlaku apabila gen yang berkaitan dengan protein alpha globin hilang ataupun berlaku mutasi. Manakala beta thalassemia berlaku apabila gene yang sama mengganggu penghasilan protein beta globin.

Bacaan normal hemoglobin adalah 12-16gm/dL bagi wanita, 14-18gm/dL bagi lelaki dan 11-13gm/dL bagi kanak-kanak.

Hemoglobin boleh teroksida oleh radikal bebas dan menyebabkan hemoglobin akan mengalami kecacatan dan thalassemia adalah salah satu contoh penyakit yang disebabkan oleh kerosakan pada sel darah.

Jenis-jenis thalasssemia

Terdapat 2 jenis thalassemia yang utama iaitu thalassemia minor dan thalassemia major

#Thalassemia Minor

Thalassemia minor terjadi sekiranya anak menerima gene yang rosak daripada hanya salah seorang ibu atau bapa. Ia dipanggil sebagai pembawa (carrier).

Kebiasaannya mereka ini tidak menunjukkan sebarang simptom atau masalah kesihatan.

Walaubagaimanapun, seorang pembawa gen thalassemia boleh menurunkan gen thalassemia kepada anak-anaknya.

#Thalassemia Major

Thalassemia major pula terjadi apabila anak menerima gen yang rosak daripada kedua ibu dan bapa. Ia juga dipanggil penghidap thalassemia.

Pesakit thalassemia major kebiasaannya menunjukkan tanda-tanda dari umur 3 hingga 18 bulan.

 

Tanda-Tanda Penyakit Thalassemia

Antara tanda-tanda thalassemia adalah seperti:

#Badan sentiasa lemah dan resah

Badan pesakit thalassemia kebiasaannya lemah jika tidak dilakukan tranfusi darah.

#Kesukaran bernafas

Kerosakan pada sel darah yang berfungsi membawa oksigen ke peparu menyebabkan pesakit thalasssemia mengalami kesukaran bernafas akibat kekurangan oksigen

#Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa

Limpa berfungsi membersihkan sel darah yang rosak. Pembengkakan limpa dalam pesakit thalassemia terjadi apabila terdapat terlalu banyak sel darah merah yang rosak berkumpul di limpa.

 

#Tumbesaran terbantut

Secara fizikalnya tumbesaran kanak-kanak penghidap thalassemia ini akan terbantut atau perlahan.

# Terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar.

Tulang muka merupakan antara salah satu tulang pipih (flat bone). Salah satu fungsi ulang pipih adalah menghasilkan sel darah. Akibat thalassemia, tulang pipih akan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan sel darah hingga terjadi pembesaran kepada tulang pipih.

Tunggu entry selepas ni untuk ketahui bagaimana thalassemia boleh diwarisi oleh anak-anak, serta rawatan yang disediakan.

SITHY HARJIEAH
WHATSAPP : 012 887 9897
SHAKLEE ID : 919085

 

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.