Kenali Dunia Rahim : Plasenta

Shares

Sejurus selepas sperma bersenyawa dengan ovum, satu sel induk akan terbentuk. Sel ini akan membahagi menjadi banyak

Dalam pembahagian sel, separuh akan membentuk baby, separuh lagi akan membentuk plasenta.

Plasenta akan terbentuk di tepi dinding rahim. Ianya bertindak untuk memisahkan darah baby dengan darah ibu, juga menghubungkan darah baby dan darah ibu.

Darah baby tak sama dengan darah ibu.

Credit gambar : https://ph.theasianparent.com/powerful-photo-baby-placenta-encapsulates-mother-baby-relationship/

Kerja Plasenta

Plasenta sangat penting untuk baby yang sedang membesar dalam rahim. Ia umpama lifeline baby.

Organ-organ baby baru nak terbentuk, jadi baby dalam rahim masih belum boleh proses macam-macam secara berdikari walaupun ibunya supply macam-macam melalui pemakanan.

Jadi plasenta bekerja untuk kerja pemprosesan sumber.

Antara peranan penting plasenta termasuklah :

1/ Menyalurkan oksigen dan nutrien

Melalui tali pusat, oksigen dari ibu dan nutrien dari pemakanan ibu akan melalui plasenta sebelum masuk tubuh baby.

2/ Bahan kumuh

Walaupun hidup dalam air, baby tetap bernafas menggunakan paru-paru.

Bahan kumuh seperti karbon dioksida akan di salurkan melalui plasenta untuk masuk dalam salur darah ibu untuk ibu tolong buangkan.

3/ Penapis

Plasenta juga bertindak sebagai penapis dan pelindung baby dari jangkitan bakteria.

Cuma walaupun ia tapis bakteria yang merbahaya, tak semua boleh ditapis habis, contohnya seperti nikotin dan dadah yang lain.

Credit gambar : https://www.thenakedscientists.com/articles/features/placenta-mathematical-model

Sebab itu ibu mengandung dinasihatkan supaya tak merokok atau menjauhi asap rokok sebab bimbang ia akan merosakkan perkembangan baby.

Plasenta ni akan dikeluarkan oleh badan ibu beberapa ketika selepas baby lahir sepenuhnya.

Kalau nak tunggu keluar semulajadi pun lebih baik.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.