Kenali Dunia Rahim : Air Ketuban (Amniotic Fluid)

Shares

Dalam rahim kita, baby duduk dalam air. Macam ikan hidup dalam air.

Bezanya baby kita tiada insang, tetap bernafas menggunakan paru-paru menggunakan oksigen dari plasenta.

Dalam rahim iaitu rumah sementara baby kita ni, ianya dipenuhi dengan air yang dikenali sebagai air ketuban. Jangan risau, baby tak lemas walaupun berendam sepenuh badan dalam air.

Air ketuban ini asalnya dari air dalam badan kita. Air yang kita minum. Jadi penting sangat lah ibu mengandung banyak minum air masak.

Tapi masuk trimester kedua iaitu sejurus buah pinggang baby dah mula berfungsi, air ketuban adalah terdiri dari air kencing baby dalam perut.

Air kencing kita mungkin kotor dan busuk.

Tapi baby dalam perut adalah sterile, sangat bersih. Dia hanya makan melalui nutrisi yang dibekalkan oleh plasenta, bukan kunyah epal ke ayam ke.

Dan kemudian yang dalam perut baby akan diproses seterusnya baby akan kencing. Kencing baby ini juga adalah sterile dan sangat bersih.

Kalau baby baru lahir pun, air kencing baby tiada bau, kan. Begitu juga dalam perut, cuma semasa dalam perut, ianya lebih bersih.

Fungsi Air Ketuban

Air ketuban sangat penting untuk melindungi baby.

1/ Bertindak untuk kawal suhu

Walaupun suhu di luar tubuh ibu mungkin panas terik membahang, atau sejuk membeku sekalipun, dalam rahim ibu suhu suasana rahim tetap just nice.

Air ketuban akan kawal suhu supaya tidak extreme dan supaya baby membesar dengan selesa.

2/ Kusyen hentakan

Semasa mengandung ibu tetap akan aktif bergerak dan boleh buat pelbagai aktiviti.

Kadang ibu terjatuh atau tersadung sikit.

Tapi baby dalam rahim tak berasa sebab air ketuban ini akan serap semua hentakan yang berlaku supaya perkembangan baby tak terganggu.

Credit gambar : https://www.babytime.care/english-amniotic-fluid-what-is-it/

3/ Bantu perkembangan otot

Air ketuban juga penting untuk bantu perkembangan otot baby yang kuat.

Baby akan mula menggerakkan kaki dan tangan, biasa kita panggil menendang, seawal trimester pertama lagi.

Tendangan baby ini bukan saja-saja, tapi supaya lepas selamat lahir nanti, otot baby kuat dan bila dah capai certain umur, baby boleh meniarap, merangkak dan berjalan dengan kuat.

Umpama orang yang ada masalah strok atau masalah di sendi, mesti kena selalu gerakkan sendi supaya sendi kuat dan ia boleh berfungsi dengan baik.

Baby pun ada instinct yang sama.

Jadi air ketuban bantu untuk baby praktis dengan lebih baik. Bayangkan kita menendang dalam air, lebih payah daripada menendang di luar air, kan.

Tapi yang payah itu yang membuatkan otot kita kuat.

Insya-Allah lain masa saya kongsikan tentang plasenta pula.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.