Keguguran & Usaha Dapat Zuriat: Titipan Semangat dari Siti Nurhaliza (Ctdk) Buat Pasangan Yang Masih Berusaha Dapatkan Zuriat

Shares

Masih hangat diperkatakan rakyat Malaysia tentang kelahiran bayi sulung penyanyi negara iaitu Siti Nurhaliza hingga berita kelahiran tersebut masuk segmen berita di kaca televisyen.

Ianya umpama sebuah keajaiban kerana betapa sabarnya si ibu dan si bapa yang menanti kelahiran anak tercinta, bukan setahun atau 3 tahun; tapi setia tetap mencuba berulang kali dan menanti hingga 11 tahun tanpa putus asa.

Saya pun kalau sebulan dua bulan berdoa tak nampak hasil, mesti dah kecewa putus harap; tapi pasangan Siti Nurhaliza dan Dato’ Khalid ini terus-terusan usaha tanpa jemu.

Kalau orang baru kahwin ni tak dapat anak dalam setahun, mesti dah kena umpat dengan makcik kampung; ini kan pula kalau dah sampai 11 tahun.

Bayangkan emosi yang perlu pasangan ini lalui sepanjang tempoh ujian tersebut. Pasti sangat pahit dan getir. Namun mereka tak pernah luahkan keluhan kekecewaan.

Tahniah CTDK!

Sesungguhnya mereka simbol kental jiwa. Kerja kita sebagai manusia adalah usaha berterusan sehabis daya. Hasilnya serahkan kepada Allah bila nak dapat.

Asbab itu juga mungkin rezeki mereka sangat dimurahkan oleh Allah, di dalam tempoh kehamilan, semasa bersalin dan bahkan dalam pantang pun; pelbagai pihak taja mereka dalam pelbagai bentuk.

They deserve it.

Saya tertarik nak kongsikan pesanan Datuk Siti Nurhaliza berkenaan urusan jodoh dan zuriat ini.

Saya kongsikan dalam bentuk video ya. Mula dari minit 59:40 hingga 1:00:07

Semoga jika nanti mana-mana anak-anak kami hadapi ujian sedemikian selepas berkahwin, saya dan suami tak put pressure pada mereka.

Ingatkan lah diri pada kisah Ctdk (pasangan Siti Nurhaliza & Dato’ Khalid) ini yang menunggu dan gigih berusaha hingga 11 tahun.

Dan ingatlah juga kisah Nabi Allah Nabi Zakaria a.s yang menanti kelahiran anaknya hingga beruban kepalanya dan isterinya, maksudnya dah tua sangat, tapi masih tegar berdoa dan berusaha.

Akhirnya Allah makbulkan juga hajat baginda dan mereka di kurniakan seorang anak pada usia mereka 90 tahun.

Anak ini juga lah yang di angkat sebagai seorang nabi yang mulia, iaitu Nabi Yahya a.s.

Dalam ujian, terselit rahmat.

Kerja kita usaha. Sabar dengan kata-kata manusia yang mengeji. Baik sangka dengan Allah.

Keep strong ibu-ibu!

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.