Jenis Cyst Pada Ibu Mengandung

Shares

Biasanya cyst terjadi kepada wanita yang masih dalam usia boleh mengandungkan anak. Jarang sekali namun tetap berlaku ibu mengandung mempunyai cyst.

P.s : Cyst adalah seperti jerawat tapi ia boleh jadi mengandungi cecair atau darah atau struktur badan yang lain. Ia juga boleh berada di mana-mana tempat dalam badan.

Ovarian cyst atau cyst di bahagian ovari asalnya tidak merbahaya dan tidak menyebabkan kanser. Kecuali jika saiznya membesar lebih dari 5 cm.

Ibu mengandung yang ada cyst biasanya tak berasa tapi doktor akan perasan waktu scan baby pada trimester pertama.

Ovarian cyst semasa hamil

Credit gambar : New Kids Center

Jenis Cyst Ibu Mengandung

Ada beberapa jenis cyst yang berlaku semasa mengandung

1. Cyst yang biasa

Bila telur dilepaskan dari ovari, kemudian telur dan sperma bersenyawa dan menghasilkan bayi; biasanya kantung yang memegang telur akan di lepaskan.

Tapi ada kes kantung tersebut tertutup selepas telur dilepaskan. Bila ini terjadi, kantung telur itu akan dipenuhi cecair dan menjadi cyst.

2. Cyst Dermoid

Cyst Dermoid adalah ketumbuhan yang biasanya membesar sehingga diameter 15 cm.

Kantung Cyst Dermoid biasanya mengandungi sama ada lemak, tulang, rambut dan gigi.

Cyst Dermoid yang tidak dirawat/dibuang boleh menyebabkan keradangan, berpintal dan mengganggu bekalan darah dalam tubuh dan menyebabkan sakit di bahagian perut.

Asal punca Cyst Dermoid adalah seawal  kita dalam kandungan ibu lagi, iaitu bila kulit atau struktur kulit terperangkap semasa dalam kita adalah fetus yang berkembang dalam rahim ibu.

Bila membesar, ia menjadi cyst.

Adakah Cyst Merbahaya Semasa Mengandung

Ia bergantung kepada saiz dan jenis cyst tersebut.

Jika saiz cyst melebihi 5 cm, ia di kira merbahaya dan kemungkinan besar doktor akan sarankan pembedahan untuk buang.

Jika cyst tersebut kurang 5 cm, biasanya ia akan menghilang sendiri. Ibu perlu sentiasa rujuk doktor.

Insya-Allah di lain masa saya akan kongsikan simptom dan petanda untuk periksa adalah kita ada cyst semasa mengandung, makanan yang bantu kecutkan cyst dan banyak lagi.

Teman Hamil Anda,

Khadeejah Hasmad
Whatsapp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

 

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.