Ikan Yang Merbahaya Untuk Ibu Mengandung

Shares

Walaupun antara ikan, ayam dan daging; ikan adalah kurang lemak dan lebih sihat, tapi tahap merkuri di dalam ikan masa kini amat membimbangkan.

Lebih-lebih lagi untuk ibu mengandung.

Ikan mengandungi nutrien penting termasuk asid lemak Omega 3, protein dan zat besi. Semua ini penting untuk membantu perkembangan bayi yang sihat dalam rahim.

Jadi ibu mengandung mesti kenal pasti jenis ikan yang mengandungi tahap merkuri yang tinggi dan juga jenis ikan kategori selamat untuk di makan.

Kategori ikan yang selamat di ambil termasuklah :

Ikan salmon
Ikan tilapia
Ikan tuna (canned-light)
Udang
Ikan keli
Ikan cod

Credit gambar dari website Globalnews.ca

Ikan tinggi kandungan merkuri

Merkuri biasanya banyak terdapat di lautan, tasik dan sungai-sungai. Ini disebabkan oleh pencemaran air yang semakin meruncing pada zaman kini.

Kalau makan sedikit sahaja mungkin tidak membahayakan, tapi kalau hari-hari makan, merkuri ini akan berkumpul di dalam badan dan menyebabkan toksik pada sistem saraf.

Kategori ikan tinggi kandungan merkuri yang seeloknya di kurangkan pengambilan, termasuklah :

Shark iaitu Jerung
King mackerel
Sword fish

Credit info dari website : Baby Center.

Khadeejah Hasmad

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.