GDM : Punca & Cara Kurangkan Risiko GDM

Shares

Gestational Diabetes (GDM) adalah keadaan sementara yang boleh berlaku semasa mengandung. 

Kalau seseorang wanita itu ada GDM, ia petanda tahap gula dalam darah beliau adalah lebih tinggu dari normal semasa mengandung.

Cara Kurangkan Risiko Kena GDM

Cara paling mudah untuk mengurangkan risiko GDM adalah jaga kesihatan sebelum mengandung lagi.

Kalau sebelum mengandung kita adalah overweight, cuba kawal pemakanan.

Maksudnya bukan diet atau puasa, tapi lebih kepada memilih pemakanan yang lebih sihat dan rajin bersenam.

Senaman paling mudah adalah berjalan kaki sehari 30-45 minit, 3 kali seminggu.

Bila dah sah mengandung, tak perlu kita turunkan berat badan, tapi sambung gaya pemakanan yang sihat yang terdiri daripada sayur-sayuran, buah-buahan dan gandum penuh.

Punca GDM

Semua jenis diabetes adalah berkaitan dengan insulin.

Insulin adalah sejenis hormon dalam badan manusia yang mengawal kuantiti glukos dalam darah.

Ia membantu atau menjadi kunci supaya glukos tadi bergerak dari dalam darah ke dalam sel-sel badan. Sel-sel dalam badan kita perlukan glukos supaya ada tenaga untuk berfungsi.

Kalau sel-sel dalam badan tak dapat tenaga, badan kita cepat lesu dan letih. 

Kalau glukos tersebut hanya ‘wander within’ darah kita dan tak masuk dalam sel-sel badan, badan kita akan cepat lesu dan letih serta bacaan gula dalam darah jadi tinggi.

Ini yang menyebabkan GDM.

GDM terjadi bila badab kita sama ada tak cukup hormon insulin, atau insulin yang ada tak berfungsi dengan baik.

Semakin bertambah berat badan kita, semakin kurang efektif badan kita menggunakan insulin. Oleh sebab itu badan kena hasilkan lebih banyak insulin untuk kawal gula dalam darah.

Bila kita mengandung, plasenta pula menghasilkan hormon yang menghalang insulin buat kerja dengan cepat. Ia menghasilkan rintangan kepada insulin.

Hormon ini bertindak supaya gula duduk lebih lama dalam darah selepas kita makan.

Kenapa ini terjadi?

Sebab baby dalam rahim mendapatkan nutrien dari darah kita melalui plasenta. 

Jadi penting semasa mengandung, gula dan nutrien dari makanan yang kita makan, duduk dalam darah lebih lama dari biasa supaya baby boleh ambil.

Untuk ibu mengandung, ada tahap rintangan insulin yang normal, tak sama macam orang tak mengandung sebab kita nak bagi baby nutrien.

Cuma bacaan gula dalam darah kita jadi terlalu tinggi apabila :

Kita dah pun hadapi masalah rintangan insulin sejak sebelum mengandung 

Bacaan gula dalam darah kita dah pun tinggi sejak sebelum mengandung 

Hormon mengandung terlalu tinggi 

GDM biasanya menghilang selepas kita bersalin.

Doktor akan buat pemeriksaan gula dalam darah ibu lebih kurang 6-12 minggu selepas bersalin untuk pastikan tahap gula dalam darah kita kembali normal.

Kalau gula dalam darah tak normal juga, kemungkinan kita ada masalah diabetes tahap 2 iaitu masalah rintangan insulin.

GDM Petanda :

#1: Diabetes Tahap 2 

GDM juga merupakan petanda yang kemungkinan besar badan kita akan alami masalah diabetes tahap 2 di masa hadapan.

Buat pemeriksaan setiap 3 tahun untuk pastikan gula dalam darah kita sentiasa normal.

#2: Baby ada risiko overweight 

GDM turut merupakan petanda yang baby kita juga bakal membesar overweight dan mempunyai diabetes tahap 2 setelah dewasa.

Kita boleh kurangkan risiko ini dengan :

Menyusukan baby dengan susu ibu – Susu formula mengandungi gula yang lebih tinggi dari susu ibu

Latih anak kita makan makanan sihat sejak kecil lagi

Galakkan anak untuk aktif dalam hidup mereka 

GDM boleh di elakkan dan boleh di kawal. Cuma ia memerlukan disiplin yang tingi. Demi anak dan kesihatan diri sendiri, mari kita mula ambil tindakan.

Have a joyous pregnancy!

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Sumber : https://www.healthline.com/health/pregnancy/preventing-gestational-diabetes#outlook

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.