GDM : Mengenali GI dalam makanan

Shares

Glycemic Index (GI) adalah ukuran untuk mengukur tahap makanan jenis karbohidrat  meningkatkan tahap gula dalam darah.

Contohnya kalau roti putih, nilai GI nya lebih tinggi berbanding roti perang. 

Makanan yang mempunyai tahap GI yang tinggi biasanya meningkatkan kandungan gula dalam darah dengan lebih tinggi berbanding makanan rendah GI.

P.s : Daging dan lemak tiada GI kerana kedua-duanya bukan karbohidrat.

Contoh makanan berdasarkan nilai GI :

GI rendah (55 atau kurang)

Oatmeal (rolled atau steel-cut)

Barli, pasta

Ubi keledek

Jagung

Kebanyakan buah-buahan 

Lobak

GI Sederhana (56-69)

Nasi perang atau basmathi

Kuskus

GI Tinggi (70 atau lebih)

Roti putih

Instant oatmeal

Labu

Macaroni

Popcorn 

Faktor yang mempengaruhi nilai GI dalam makanan

Lemak dan serat merendahkan nilai GI dalam makanan.

Buah masak atau tempoh penyimpanan – lebih masak buah-buahan atay sayur-sayuran, lebih tinggi nilai GI nya.

Pemprosesan – Jus buah mempunyai nilai GI yang lebih tinggi dari buah asal. Kentang lenyek (mashed potato) mempunyai kandungan GI yang lebih tinggi dari kentang yang dibakar

Cara masak – Tempoh masak makanan contohnya makanan yang di masak sekejap mempunyai nilai GI yang lebih rendah dari makanan yang di masak lama

Kepelbagaian – Beras putih jenis saiz panjang (long grain) mempunyai nilai GI yang lebih rendah berbanding beras perang.

Tapi beras putih jenis short-grain (pendek) mempunyai nilai GI yang lebih tinggi dari beras perang.

Nilai GI Sahaja Bukan Jaminan

Walaupun kita pilih makanan yang nilai GI nya rendah, ia bukan jaminan kandungan gula dalam darah boleh terkawal.

Perkara lain yang perlu di ambil kira termasuklah :

#1: Portion 

Saiz portion atau jumlah karbohidrat yang kita ambil, sebagai contoh kalau nasi, walaupun kita makan beras perang, dalam satu pinggan hanya ambil segenggam nasi.

Kalau genggam kita besar, banyak lah nasinya. Kalau genggam kecil, kuantiti pun sedikit.

Ikut genggaman kita.

#2: Kombinasi GI 

Nilai GI makanan akan berubah bila di ambil bersama makanan yang lain.

Contohnya kalau kita ambil makanan tinggi nilai GI, kita boleh campur kan dengan makanan rendah GI yang lain untuk seimbangkan kesannya kepada tahap gula dalam darah.

Namun begitu yang terbaik adalah rujuk dietitian tentang pemakanan harian kita.

Tak semua wanita GDM adalah sama. 

Kandungan gula dalam darah kita juga di kawal oleh gaya hidup yang berbeza, bukan semata-mata sebab pemakanan.

Yang penting mula-mula sekali pilih karbohidrat kompleks yang lebih sihat, elakkan makanan yang terang-terang tak sihat seperti donut atau kek.

Kemudian rujuk dietitian untuk konsultasi lanjut.

GDM kita boleh dikawal tanpa kebergantungan kepada ubat. Disiplin dan banyakkan membaca tentang pemakanan dan gaya hidup yang disarankan untuk wanita mengandung yang GDM.

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Sumber : http://www.diabetes.org/food-and-fitness/food/what-can-i-eat/understanding-carbohydrates/glycemic-index-and-diabetes.html

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.