GDM : Makanan Yang Boleh dan Tak Boleh

Shares

GDM (Gestational Diabetes) adalah kencing manis atau diabetes yang hanya berlaku kepada wanita mengandung.

Kalau tak mengandung, tak dapat lah. Sebab itu kadang-kadang ada wanita yang tak pernah kena diabetes tapi tiba-tiba positif diabetes semasa mengandung. 

GDM ini bukan bersifat kekal, ia hanya datang semasa mengandung.

Semasa mengandung, badan kita guna insulin dengan cara yang berbeza.

P.s: Insulin adalah sejenis hormon. Ia bekerja untuk memecahkan makanan yang kita makan kepada glukos.

Glukos ini penting untuk membekalkan badan kita dengan tenaga.

Dalam badan sesetengah wanita yang mengandung, ada yang badan mereka tak bertindak balas kepada insulin atau tak hasilkan insulin yang mencukupi untuk tukar makanan menjadi glukos.

Apabila ini berlaku, darah kita akan dipenuhi dengan gula dan ini yang menyebabkan GDM.

Untuk mengurangkan kebergantungan kepada ubat, wanita mengandung yang positif GDM disarankan untuk jaga pemakanan.

Secara amnya, pemakanan ibu mengandung yang GDM perlu ada protein, karbohidrat kompleks (GI rendah) dan lemak yang sihat.

Banyakkan makan makanan yang segar serta kurangkan pemakanan makanan terproses dan karbohidrat segera (GI tinggi)

P.s : Klik untuk memahami lanjut mengenai kandungan GI makanan

Contoh makanan yang disarankan untuk wanita mengandung yang GDM :

Sayur-sayuran segar

Telur atau telur putih 

Buah-buahan segar

Ayam tanpa lemak

Ikan yabg di bakar 

Sayur yang di kukus 

Greek yogurt tanpa pemanis

Makanan yang perlu dielakkan

Elakkan makanan yang terproses seperti gula putih, roti putih, nasi putih dan tepung putih.

P.s : Gula putih boleh diganti dengan madu atau gula perang. Roti putih boleh diganti dengan roti perang. Nasi putih boleh diganti dengan beras perang.

Makanan lain yang lebih baik dielakkan supaya kandungan gula dalam darah terkawal :

Makanan segera seperti Maggi atau McD

Makanan seperti muffin, donut, kek

Makanan bergoreng 

Minuman bergula seperti soda dan air bergula

Gula-gula 

Kalau tak pasti sama ada makanan harian kita selamat untuk GDM atau tidak, boleh tanya pendapat doktor atau minta doktor rujukkan kita kepada dietitian hospital.

Biasanya dietitian lebih arif mengenai pemakanan yang sesuai untuk wanita GDM.

GDM boleh dikawal, cuma kita perlu lebih berdisiplin. 

Mana yang kurang sihat, kita gantikan dengan alternatif makanan yang lebih sihat. 

Insya-Allah bacaan gula dalam darah boleh terkawal.

Have a joyous pregnancy!

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Sumber : https://www.healthline.com/health/pregnancy/gestational-diabetes-food-list#additional-tips

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.