Diari Mengandung : Tips Buat Anak-anak Menerima Kehadiran Baby Bakal Lahir

Shares

Untuk buat anak-anak sedia ada sayang pada baby dalam perut, saya tak lah ada tips yang strict sangat.

Cuma saya perasan kalau layan sahaja kehendak anak-anak, insya-Allah mereka memang suka nak main dengan baby sejurus lahir.

Antaranya seperti :

1/ Ajak bercakap dengan baby

Sejak mula mengandung, amalkan ajak anak-anak bercakap-cakap dengan baby.

Anak kedua saya selalu menyanyi dekat perut, cakap-cakap dengan baby dan suka betul nak berinteraksi dengan baby dalam perut.

Anak ketiga pula suka buat perut saya jadi bantal.

Anak pertama adalah lelaki, jadi tak pegang-pegang perut sangat. Tapi dia excited tolong pasangkan perabot baru untuk baby.

Teruja nak tolong pasang perabot untuk baby baru.

2/ Ajak anak-anak bersama-sama pilih baju baby

Tanya pendapat anak-anak tentang pilihan baju untuk baby yang bakal lahir. Shopping bersama-sama.

Anak-anak akan rasa mereka dihargai dan pendapat mereka penting untuk kehadiran bakal adik baru. Insya-Allah mereka akan lebih teruja dan gembira untuk terima adik baru.

Sambil itu jangan lupa untuk belikan sekali mereka baju atau mainan.

3/ Ajak anak-anak untuk join check-up

Check-up mengandung memang satu aktiviti yang menarik sebab Gynae mesti akan scan baby.

Waktu scan ini kita kenalkan kepada anak-anak yang ada baby baru dalam perut.

Ajak anak-anak untuk sama-sama teka gender baby.

Ceritakan sekali yang anak-anak kita sebelum ini pun asal dalam perut kita. Kemudian dilahirkan dan membesar.

Baby dalam perut pun akan alami perkara yang sama.

Insya-Allah anak-anak boleh relate dan terima.

Key point di sini adalah cuba sehabis baik untuk layan anak seperti mana sebelum mengandung, dan tambah sekali pengenalan anak-anak dengan baby dalam perut.

Kalau anak kecil yang belum cecah usia 3 tahun kuat meragam, sabar. Bukan dia sengaja. Cuma dia perlukan lebih masa.

Kerapkan peluk anak, insya-Allah anak-anak akan lebih menerima kehadiran baby baru lahir.

Anda ada tips atau pengalaman? Jom kongsikan di ruangan komen.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.