Diari Mengandung : Pentingkah Beli Kain Napkin Baby?

Shares

Jika anda seperti saya yang memang memilih untuk pakai diapers pakai buang untuk baby, kadang terfikir juga kita, nak beli ke tidak napkin baby.

Dah pula napkin zaman sekarang banyak corak comel, agak tempting untuk beli hanya sebab comel.

Cantik betul design ni

Saya ambil keputusan untuk beli juga walaupun baby saya bakal tidak menggunakan napkin untuk buang air.

Ini kerana napkin ada banyak kegunaan. Antaranya :

1/ Kain lap muntah

Biasanya kalau lepas menyusu, saya akan burp kan baby. Kadang-kadang masa burp ni, muntah akan keluar.

Jadi saya akan alas siap-siap bahagian di bahu dengan kain napkin.

Kain napkin juga lebih praktikal dijadikan kain lap muntah sebab bila basuh, cepat kering.

2/ Tuala kecil

Letak dalam beg diapers sebagai tuala kecil in case nak mandikan baby masa berjalan. We never know.

3/ Selimut baby

Selimut baby memang dah ada.

Tapi kadang nak tambahan selimut yang tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal.

Jadi bagus letak juga satu lapis kain napkin atas selimut atau bedung baby kalau rasa macam sejuk semacam.

4/ Alas semasa menyusu

Masa awal-awal bulan pertama, susu kita akan melimpah ruah. Kadang-kadang baby tak boleh nak teguk semua pada satu-satu masa.

Jadi kadang-kadang tu memang melimpah susu membasahkan baju kita dan baju baby.

Kat sini lah kain napkin memainkan peranan, alas payudara dengan kain napkin. Jadi bila ada susu melimpah, kain napkin dah serap siap-siap.

Jadi relevan lagi ke beli kain napkin?

Bergantung kepada masing-masing.

Cuma saya memang beli lah sebab tempting tengok corak comel-comel dan tahu memang akan guna.

Bagaimana dengan anda?

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.