Diari Mengandung : Nesting di Hujung Kehamilan

Shares

Nesting adalah istilah untuk ibu mengandung yang bakal bersalin tak lama lagi dan tiba-tiba rasa nak mengemas segala benda.

Ada juga ibu yang tak pernah datang rasa nak ber ‘nesting’ ni.

Nesting ni banyak gaya. Ikut pada preference masing-masing.

Ada yang cat satu rumah, ada yang mengemas setiap inci rumah, ada yang nak hibernate duduk diam dalam rumah tak buat apa-apa.

Macam beruang kutub berhibernasi.

Ada juga nesting dengan cara shopping hari-hari 🙊

Nesting saya kali ini adalah berkaitan dengan rumah. Ini baru fasa 1, dah rasa macam nak pengsan. Facebook pun malas nak buka.

Insya-Allah akan membawa ke projek lepas bersalin 😘 😘 😘

Lepas kemas bilik betul-betul, baru lah ada ruang keluarga ni. Puas hati mengemas

Masa nak bersalin Hannah, nesting saya adalah dengan layan series drama back to back sampai habis season 😅

Masa tu tengok Mentalist. Menarik betul.

Sekurang-kurangnya saya tak terlalu fikir bila nak bersalin. Bila dah masuk minggu ke-32 memang rasa nak cepat-cepat bersalin sebab perut dah makin membesar.

Masa nak bersalin Muhammad dan Maryam, takde rasanya.

So kawan-kawan pernah datang mode nesting? Mengemas ke berhibernasi?

Khadeejah Hasmad

Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.