Diari Mengandung : Bila Tak Boleh Lama Berdiri Untuk Mandi

Shares

Lain kandungan, lain ragamnya.

Macam saya, mengandung anak pertama dan anak ketiga tiada masalah tak boleh berdiri lama-lama.

Tapi bila mengandung anak kedua dan keempat, masuk minggu ke-30+, dah agak mencabar untuk saya berdiri lama-lama.

Lebih-lebih lagi kalau masa nak memasak atau masa nak mandi.

Jadi untuk atasi masalah susah nak berdiri lama-lama semasa mandi, saya sediakan kerusi lipat khas dalam bilik air.

Bila nak mandi, saya buka kerusi dan duduk.

Kerusi lipat yang biasa. Berlubang supaya mudah kering.

Habis mandi, boleh tutup semula kerusi. Jimat ruang.

Kerusi ini juga berguna untuk saya masa berpantang nanti. Masa pantang kan ada masa kita tak boleh berdiri lama sangat.

Nak mencangkung pun kurang selesa.

Jadi duduk atas kerusi begini memang selesa.

Kerusi seperti ini boleh didapati di mana-mana pasaraya besar seperti Tesco atau Giant.

Macam mana pula cara anda?

Khadeejah Hasmad

Shaklee ID : 85755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.