Diari Mengandung : Bila Rasa Malas Memasak Datang, Tapi Tekak Tak Boleh Masakan Luar

Shares

Bila dah masuk 34 minggu, saya rasa sarat sangat perut. Nak masuk dapur untuk masak lunch pun, hilang mood.

Tapi masalahnya saya agak tak berapa boleh masuk makanan beli di luar.

Satu waktu rajin di dapur adalah waktu pagi. Jadi apa saya buat adalah pergunakan waktu pagi yang rajin itu untuk persiapan hari-hari saya malas.

Apa saya buat:

1/ Nasi memang masak pagi

Saya biarkan butang keep warm menyala supaya tak sejuk bila nak makan tengahari

2/ Siapkan kuah untuk beberapa hari

Saya pernah masak untuk 2-3 hari sekaligus dan frozen kan lauk.

Tapi bila ayam yang sepatutnya crispy di frozen kan dan kemudian di panaskan semula, ia jadi kurang sedap.

Jadi untuk kali ini, saya buat kuah sahaja. Waktu pagi yang rajin boleh lah buat kuah atau asingkan bahan masak kuah untuk bekalan 2-3 hari

Ayam siapkan potong.

Jadi untuk hari kedua dan ketiga, saya akan keluarkan kuah frozen pada pagi hari. Masak nasi siap-siap.

Goreng ayam siap-siap.

Nanti bila nak makan tengahari, panaskan kuah frozen yang dah cair tadi dan ayam yang digoreng pagi tadi, terus gaul dalam kuah yang dipanaskan.

Mudah.

Bekas meal prep saya untuk lauk 2 hari

3/ Potong bahan siap-siap

Kalau macam sup yang hanya perlu campak-campak, saya tumbuk apa patut terlebih dahulu.

Potong bahan penting dan ayam.

Nanti masa hari malas, tinggal nak campak semua dalam periuk dan biar reneh hingga masak.

Mudah kan?

Semoga setiap pagi pun saya rajin untuk prepare kuah untuk lauk.

Anda ada cara berbeza? Jom kongsikan di ruangan komen.

Khadeejah Hasmad

Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.