Diari Mengandung : Apa Biasanya Saya Buat Semasa Tunggu Turn Jumpa Gynae

Shares

Masa mengandung anak pertama, saya ingatkan kalau kita cakap nak jumpa doktor jam 10 pagi, maka lebih kurang jam 10 atau jam 11 pagi boleh jumpa.

Rupa-rupanya untuk jumpa Gynae, kita kena ambil nombor dan tunggu giliran.

Kata lah kita nak jumpa jam 10 pagi, maksudnya kita akan jumpa Gynae dalam sesi tersebut iaitu mungkin sesinya adalah sesi pagi 10 pagi hingga 12 tengahari.

Kalau tak buat apa-apa, memang bosan. Rasa tak produktif.

Jadi kali ini sebelum jumpa Gynae untuk appointment, saya akan sediakan beberapa perkara untuk di buat supaya anak-anak tak bosan dan meragam sebab lama.

Antara yang saya sediakan :

1/ Aktiviti untuk anak-anak

Contohnya bawa gunting, kertas dan magic pen untuk anak-anak beraktiviti semasa menunggu.

Jangan lupa lepas gunting-gunting nanti, buang kertas dalam tong sampah yang disediakan.

Cuma untuk Gynae kali ini anak-anak akan sibuk bermain toys di ruang lobi suite Gynae terlebih dahulu.

Kalau dah nampak bosan tu, baru saya keluar kan ‘senjata’ dari rumah.

Hannah main toys di suite Gynae. Nanti kalau nampak muka bosan baru keluarkan ‘senjata aktiviti’ dari rumah.

2/ Baca buku

Kalau hadap social media berjam-jam pun bosan juga. Social media kan lebih banyak gosip berbanding mendatangkan produktiviti.

Jadi saya juga bawa buku yang susah betul nak habis baca di rumah, untuk baca semasa tunggu giliran.

3/ Shopping

Ambil nombor telefon nurse berkaitan sebelum keluar shopping.

Hospital di Lembah Klang ini biasanya dekat dengan tempat-tempat shopping.

Kami akan panggil Grab untuk ke tempat shopping dan balik pun naik Grab. Lebih selesa dan tak berapa penat nak drive meredah jem.

Shopping biasanya shopping baju mengandung atau barang anak-anak. Masa ni kalau shopping barang dapur pun bagus.

Biasanya ibu-ibu buat apa masa menunggu Gynae? Jom kongsikan di ruangan komen.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.