Confinement Service : What to Ask For

Shares

Beberapa hari yang lepas saya ada tanya di wall Facebook saya tentang Confinement Service, tentang what to demand atau what to ask for. Saya ada juga pernah tulis tentang senarai Pakej Berpantang sebagai rujukan saya dan kawan-kawan yang mencari.

Sebenarnya saya dah ada pilihan dan dah buat bayaran deposit.

Cuma biasalah bila saya ni first time nak cuba service baru, ada lah sikit rasa cuak, so itu yang tanya pendapat kot ada kawan-kawan pernah guna Confinement Service.

Saya bertanya sebab nak tahu apa additional advice dari kawan-kawan yang berpengalaman, supaya service kita dapat tu tip top dan supaya kerisauan saya covered especially risau kalau CL/nurse buat benda yang tak diingini.

Alhamdulillah ramai yang sudi kongsi pengalaman.

So saya senaraikan di sini hasil nasihat kawan-kawan saya yang berpengalaman menerusi ruangan comment dan PM.

Ada yang ambil half-day. Ada yang ambil stay-in (duduk sekali bermalam) Semua ni pilihan masing-masing. Kita hormati pilihan orang lain ya. Elak condemn-condemn ya.

Antara masalah sejagat bila ambil Confinement Service, masalah yang lebih kurang sama macam minta makcik urut biasa datang rumah :

– Datang tak on-time
– Urut tak sedap
– Ada yang masa datang tu tak bawa alatan sepatutnya

Kalau betul-betul pilih dan clear about our expectation, memang puas hati. Ini apa yang kawan-kawan saya bagitau based on their own good experience.

 

5 What to Ask from Confinement Service That We Chose:

So kompilasi apa yang saya perlu tambah request adalah seperti berikut :

#1: Pilih Nurse

Company mungkin bagus, tapi mungkin Confinement Lady (CL)/ nurse yang di beri tak berapa bagus

So masa sebelum bersalin ni pilih nurse yang kita nak berdasarkan review non-celebrity-mother yang kita baca.

Yang tepati masa, yang rajin, yang urut sedap, yang service tip-top lah senang cerita. Kalau boleh yang betul nampak jaga badan, so dia tahu lah apa dia buat.

Kalau dia slim, insya-Allah dia boleh tolong kita slim lepas bersalin.

Lagi bagus jika boleh buat contract agreement dengan company tersebut. Which dalam agreement also state boleh minta tukar CL/nurse kalau tak berkenan dengan yang kita dapat tu.

#2: Test Masa Mengandung

Test dulu urut semasa mengandung, sedap ke tidak. Sebab ada tu urut dia so-so je tak macam yang kita nak.

Again, siapa yang urut kita masa mengandung tu lah yang kita request untuk attend masa kita pantang nanti.

#3: Jaga aurat

Request CL/nurse yang tutup aurat dan jaga solat.

Bukan apa, stranger ni akan duduk sekejap dengan anak-anak dan keluarga kita; jadi mesti nak tunjuk contoh baik juga, kan.

Minta sekali gambar profile CL/nurse yang bakal di assign keppada kita.

#4: Mesti Cerewet

Cerewet bukan garang tau.

Mesti cerewet betul-betul sebab kita bayar bukan murah dan mesti lah nak dapat hasil yang seperti kita nak.

Selebriti pun mesti cerewet lagi banyak, kan.

#5: Jaga ikhtilat dalam rumah

Sediakan bilik, toilet dan ruang khas untuk CL/nurse supaya tak kerap bertembung dengan suami kita masa suami di rumah.

Kalau ada 2 set dapur lagi bagus. So CL/nurse masakkan untuk kita saja kat Dapur 1. Dapur 2, suami kita tolong masak untuk anak-anak yang lain.

Bab company mahal ke murah ke, bagi saya itu pilihan individu.

Kalau kawan kita ambil service harga ribu-riban, itu pilihan dia. Bukan dia minta kita bayarkan pun, kan 😄😄

Tapi saya tetap tanya lah kawan-kawan yang share experience, kalau experience mereka tak elok- buat dengan company apa, supaya company tu boleh masuk caution-list saya.

Kalau yang company mereka puas hati, pun masuk list saya untuk saya share dalam blog nanti dan juga survey for next pregnancy (Kalau sanggup lah nak pregnant lagi. Haha)

Insya-Allah company yang saya ambil ni, nanti masa pantang saya bagi review, ok. For the time being macam-macam lagi saya nak demand.

Kalau ada kawan-kawan lain yang ada pengalaman ambil Confinement Service nak share ‘what else to demand’, jemput tambah comment atau boleh PM ya 😘

Khadeejah Hasmad

Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.