Cara Turunkan Bacaan Jaundice Baby : Banyakkan Menyusukan Baby

Shares

Jaundice atau kuning adalah salah satu perkara normal yang di alami oleh baby baru lahir.

Ianya disebabkan oleh hati baby masih belum dapat proses bahan buangan dari badan baby dan seterusnya menghasilkan bilirubin yang membuatkan kulit baby kelihatan berwarna kuning.

Jaundice ini ada banyak tahap.

Tahap selamat :

Tahap hati-hati :

Tahap bahaya :

Kalau dulu-dulu biasanya di amalkan baby perlu berjemur bawah cahaya matahari supaya Vitamin D dari matahari dapat musnahkan bilirubin.

Cuma cara tersebut di dapati membuatkan baby semakin dehydrated.

Antara cara alternatif yang berkesan adalah susukan baby sekerap mungkin agar baby banyak buang air kecil dan buang air besar.

Bila baby kerap buang air, bilirubin ini akan turut keluar bersama najis baby tadi.

Jadi ibu pun kena rajin makan makanan yang melawaskan ibu dan baby.

5 Cara Kejutkan Baby Jaundice Untuk Menyusu

Baby jaundice memang normal mempunyai sifat yang kuat tidur, susah nak bangun untuk menyusu.

Ibu perlu cekalkan hati kejut baby.

Antara cara yang berkesan untuk kejut baby termasuklah 

Buka bedung dan selimut baby supaya baby rasa tak selesa dan terbangun 

Malapkan lampu bilik – Baby baru lahir agak sensitif dengan cahaya. Bila bilik bercahaya terang, baby lebih suka tutup mata dan tidur.

Jadi bila malapkan lampu bilik, baby lebih mudah nak buka mata.

Basah-basahkan bibir baby – Cuba sapu susu pada bibir baby supaya baby akan menjilat bibirnya dan kemudian bangun sekejap untuk menyusu

Sapu muka baby – Kejutkan baby dengan sapu muka baby dengan tuala basah yang sejuk. Nanti baby terkejut, insya-Allah dia pun nak menyusu

Tukar diapers baby – Kebanyakan baby akan terjaga bila tiba masa untuk tukar diapers. Pergunakan masa ini untuk cepat-cepat susukan baby

Jadi ibu-ibu dah tahu kan macam mana urus baby yang jaundice dalam pantang.

Baby jaundice tak sesekali perlukan air masak atau susu formula. Cukup susu ibu yang penuh khasiat, baby kerap menyusu dan kerap buang air; Insya-Allah cepat lah baiknya.

Untuk elak baby jaundice seawal semasa mengandung, klik artikel elak jaundice semasa mengandung.

Have a joyous pregnancy!

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.