Cara Alternatif Turunkan Bacaan Gula Kencing Manis

Kencing manis adalah penyakit 3 serangkai. Penyakit 3 serangkai termasuklah kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Ia dinamakan serangkai kerana ianya saling berkait. Apabila salur darah yang berdekatan dengan jantung semakin menyempit, ia akan menyebabkan darah tinggi yang akan menjadi punca serangan jantung.

Salur darah yang menyempit ini juga membuatkan pengaliran darah terganggu dan darah yang mengalir ke bahagian kaki amat sukar untuk naik semula ke jantung.

cara turunkan bacaan gula diabetes

Kencing manis biasanya ia berlaku akibat pemakanan yang tidak sihat dan terlalu tinggi glukos.

Kalau dulu warga emas sahaja yang terkena kencing manis. Ini sebab ia mengambil masa lebih kurang 20 tahun untuk terbentuk.

Ya, lama.

Tetapi zaman sekarang, orang muda usia 30-an kita dengar sudah ada yang kena.

Salah satu punca utama adalah sebab sejak usia kecil lagi generasi kini telah terdedah dengan makanan yang tidak sihat dan minuman yang bergas.

Minuman bergas mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi.

Apa Itu insulin dan bagaimana ia menjadi punca kencing manis

Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ yang dikenali sebagai pankreas.

Hormon insulin diperlukan untuk tukar gula menjadi tenaga.

 

cara turunkan bacaan gula diabetes

Pankreas hasilkan insulin(kunci)

 

Insulin umpama kunci.

Sel umpama mempunyai sebuah pintu.

Sel badan perlukan glukos untuk bertenaga untuk buat kerja.

Jadi, kerja insulin adalah buka pintu sel badan supaya glukos dalam darah boleh masuk ke dalam sel.

cara turunkan bacaan kencing manis

Insulin penting untuk buka pintu sel

Kencing manis tahap 1 berlaku kerana pankreas tak dapat hasilkan cukup kunci untuk buka pintu.

Insulin kurang.

Tahap ini biasanya memerlukan pesakit untuk cucuk insulin tambahan.

Kencing manis tahap 2 pula berlaku sebab banyak kunci tapi salah kunci pintu bilik.

Kunci yang ada tak dapat buka pintu.

Insulin banyak tapi tidak dapat tukar gula menjadi tenaga.

Ini akan menyebabkan glukos (gula) akan terbiar di dalam darah tanpa digunakan dan secara tidak langsung menyebabkan bacaan gula jadi tinggi dalam darah.

Komplikasi penyakit kencing manis

Gula bagus untuk badan manusia.

Ini kerana gula diperlukan untuk beri tenaga kepada sel-sel dalam badan untuk bekerja.

Namun begitu terlalu banyak setiap perkara memerlukan kesederhanaan, termasuklah gula di dalam badan.

Gula yang berlebih dalam darah akan merosakkan buah pinggang kerana buah pinggang tak mampu proses gula yang berlebihan.

Gula yang melebihi had juga boleh menyumbang kepada serangan jantung secara tiba-tiba.

Kencing manis juga boleh merosakkan saraf hingga membuatkan pesakit berpotensi untuk buta.

Selain daripada itu pesakit kencing manis juga sering dikaitkan dengan terpaksa di potong kaki kerana darah yang mengalir ke kaki dah tak mampu untuk naik ke jantung semula untuk di proses.

Alternatif Kawal Bacaan Gula Kencing Manis

Selain daripada konsisten amalkan ubat yang doktor bekalkan, pesakit kencing manis juga boleh ikhtiar turunkan bacaan gula dengan mengamalkan supplement.

Asalnya supplement adalah untuk orang yang memang sihat tubuh badan – iaitu untuk menampung kekurangan nutrisi dari makanan harian.

Ini kerana jika seseorang itu kekurangan  vitamin, zat dan nutrisi; ia boleh mengundang penyakit.

Umpama rumah yang dibina tetapi tidak cukup simen atau batu – lama kelamaan rumah tersebut akan rosak juga.

Jika orang sihat memerlukan supplement, orang yang sakit lebih-lebih lagi lah sangat perlukan supplement.

Polyphenol supplement membantu kencing manis

Supplement yang telah di uji secara klinikal dan saintifik membantu penyakit kencing manis adalah bernama Polyphenol.

Menurut kajian berkaitan polyphenol dan kencing manis tahap 2, polyphenol bertindak melindungi pankreas yang bekerja untuk hasilkan insulin daripada dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan dari makanan.

Polyphenol juga bertindak sebagai anti-radang dan antioksidan yang menganggu insulin bekerja untuk tukarkan gula menjadi tenaga.

Polyphenol ada di dalam Vivix

Di Malaysia, Polyphenol hanya boleh didapati di dalam supplement berbentuk cecair, iaitu Vivix dari shaklee.

Vivix adalah supplement cecair berwarna ungu pekat. Ia boleh diminum begitu sahaja atau dibancuh bersama air.

cara turunkan gula untuk pesakit diabetes

Polyphenol di dalam Vivix membantu menurunkan bacaan gula dalam kencing manis

Vivix ini telah menjalani beratus ujian klinikal dari saintis berpengalaman luas dalam bidang pemakanan.

Klik link ini untuk ketahui apa itu Vivix di samping untuk mengenali reputasi barisan doktor saintis yang menghasilkan Vivix.

Vivix telah terbukti membantu ramai pesakit kencing manis menurunkan bacaan gula mereka.

Mari saya kongsikan pengalaman dua pesakit kencing manis yang konsisten amalkan Vivix sehingga bacaan kembali stabil.

Pengalaman #1 : Emak kepada Puan Umie

Emak saya sebelum ini gula pernah drop sehingga bacaan 2.

Kalau naik pula tinggi sangat sehingga bacaan 26.

Bacaan gula mak sangat tak stabil sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam wad pada bulan Julai tahun lepas.

Saya risau melihatkan keadaan emak.

Jadi mulai bulan Ogos, saya telah pun dapatkan emak Vivix.

Alhamdulillah kini (Februari), bacaan gula emak semakin stabil iaitu dalam 6-8.

Syukur Alhamdulillah.

Pengalaman #2 : Suami Puan Zam

Berikut pula saya kongsikan pengalaman Puan Zam dan suami beliau.

Ada nampak beza tak?

Gambar sebelum di bawah menunjukkan suami saya kurus sebab kencing manis.

Alhamdulillah selepas suami konsisten vivix, bacaan kencing manis semakin turun dan pipi makin naik tembam semula.

Pada mulanya suami saya degil tak mahu ambil sebarang ubat hospital mahupun supplement.

Bila beliau tengok sendiri paras bacaan gula yang terlalu tinggi, suami tersedar dan mula ambil ubat hospital.

Pada masa yang sama beliau turut ambil Vivix.

Tetapi ubat hospital mendatangkan kesan mengantuk. Suami pula bekerja sebagai pemandu lori.

Beliau risau kerja beliau terganggu akibat mengantuk, membahayakan nyawa pula jika memandu dalam keadaan mengantuk.

Jadi perlahan-lahan suami berhenti makan ubat hospital.

Walaupun begitu, suami saya teruskan makan Vivix.

Kami sentiasa pantau bacaan gula suami. Alhamdulillah perubahan nampak sangat positif dan memberangsangkan.

Paras bacaan gula sebelum pengambilan Vivix :

19 Sept – 16.6

30 Sept – 18.9 (bacaan tak puasa)

Selepas pengambilan vivix :

18 Okt – 11.3

10 Nov – 7.7

Alhamdulillah.

Jika ada pesakit kencing manis yang mencari ikhtiar selain ubat, memang sangat disarankan untuk turut amalkan Vivix.

Vivix walaupun terbukti secara saintifik telah membantu banyak penyakit kritikal, ia tetap tidak menggantikan ubat.

Jika anda mahu berhenti ambil ubat hospital, anda disarankan untuk berbincang terlebih dahulu dengan doktor.

Berapa dos Vivix yang perlu di ambil

Buat permulaan, pesakit kencing manis di sarankan untuk ambil 2 botol Vivix untuk dihabiskan dalam masa sebulan.

Botol pertama biasanya merupakan fasa untuk badan serasi dengan Vivix.

Botol pertama juga memberi ruang kepada polyphenol di dalam Vivix bantu perbetulkan kerosakan minor di dalam badan.

Botol kedua, Polyphenol di dalam Vivix akan mula bekerja untuk kerosakan yang lebih besar iaitu bahagian penghasilan hormon insulin di pankreas.

Anda turut dinasihatkan untuk teruskan pengambilan Vivix sehingga mencapai bacaan yang normal.

Di samping itu pesakit kencing manis perlu menjaga gaya pemakanan agar sentiasa amalkan pemakanan yang sihat dan secara perlahan-lahan ubah gaya hidup agar rajin bersenam dan aktif bergerak.

–> Baca juga 6 superfood untuk pesakit kencing manis kawal bacaan gula

Cara dapatkan Vivix untuk kencing manis

2 botol Vivix ini hanya bernilai RM 950.

Namun anda boleh dapatkan lebih penjimatan dengan menghubungi saya di [email protected]

Insya-Allah saya akan reply anda dalam masa 24 jam.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.