Senaman Wajib Untuk Naikkan HB Ibu Mengandung

Shares

Lepas saya gugur dulu, gynae bagi nasihat supaya untuk kehamilan seterusnya saya perlu buat sedikit senaman ringan.

Ringan itu seperti jalan kaki 45 minit pun jadi lah.

Menurut beliau, bersenam membantu meningkatkan imunisasi tubuh. Bila sistem imun ibu tinggi, ianya membantu melindungi bayi dari diserang oleh sekecil-kecil kuman.

Kalau tidak, kuman paling kecil dan tak merbahaya pun boleh mengganggu tumbesaran bayi.

Ok lah hari ini saya nak berkongsi 1 sahaja senaman ringan yang penting untuk naikkan bacaan HB ibu mengandung.

Kalau 1 ini, insya-Allah boleh buat dan amalkan, betul kan?

P.s : Pastikan kita turut amalkan makanan yang penting untuk naikkan HB dan konsisten dengan vitamin naikkan HB semasa mengandung.

Senaman Mesti Buat Untuk Naikkan HB Ibu Mengandung

Semasa kita bersenam, badan akan hasilkan lebih banyak hemoglobin (HB) untuk membekalkan oksigen yang cukup yang diperlukan oleh tubuh.

Masa kita bersenam semua anggota tubuh digerakkan jadi semua ini memerlukan oksigen.

Namun awas, pastikan senaman yang di pilih adalah jenis ringan dan jenis aerobik. Pastikan juga kita sentiasa minum air jika haus.

Sentiasa rujuk doktor anda jika mahu bergerak lebih aktif.

Senaman Naikkan HB Ibu Mengandung : Berjalan kaki

Senaman aerobik paling asas adalah berjalan kaki. Ya jalan kaki.

Jalan kaki dengan cepat atau secara santai perlahan-lahan. Mulakan dengan 10-15 minit.

Cara naikkan HB semasa mengandung

Credit gambar : Pinterest.com

Kalau rasa tak tercungap-cungap dan ok, esoknya boleh tambah 5 minit lagi dan hari seterusnya boleh tambah 5 minit lagi.

Pergerakan semasa berjalan akan merangsang penghasilan sel darah dan hemoglobin (HB)

Kalau tiada masa nak berjalan di taman atau kawasan perumahan, amalkan berjalan naik turun tangga atau park kereta jauh dari pintu masuk kedai atau pejabat untuk banyakkan aktiviti berjalan.

P.s : Kalau sakit kaki, boleh amalkan warm up sebelum mula bergerak untuk berjalan dan cool down selepas seharian berjalan.

Persediaan untuk senaman

Pastikan kita sediakan air masak yang banyak sebelum bersenam. Minum air masak banyak-banyak supaya badan kekal terhidrat dan untuk mengekalkan HB yang cantik.

Teman Hamil Anda,

Khadeejah Hasmad
Whatsapp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.