Cara Hilangkan Sakit Sendi Lutut Tanpa Pembedahan

Lutut merupakan sendi yang terbesar dalam tubuh anda. Lutut lah yang menghubungkan bahagian atas badan dengan kaki.

Tanpa lutut, bagaimana kaki mahu berfungsi dengan baik. Kaki sangat penting untuk bantu kita berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Bahagian atas lutut dan bahagian bawah lutut di hubungkan oleh ligamen, tendon dan otot.

Terdapat tulang rawan artikular yang menyelaputi lutut untuk menyerap hentakan seperti kalau kita terjatuh atau tergelincir, juga memastikan kelancaran sendi agar tulang tidak bergesel sesama sendiri semasa lutut dan kaki bergerak.

Tahukah anda, orang berusia atau warga emas biasanya sakit lutut sebab kolagen di dalam lutut mereka semakin kering.

Apa kaitan kolagen dan lutut?

Salah satu komponen utama di dalam tulang rawan adalah protein yang dikenali sebagai kolagen.

Ya, tubuh kita memang hasilkan kolagen sendiri secara automatik.

Kolagen adalah sangat penting untuk memastikan organ seperti jantung dan paru-paru kekal tegang yang seterusnya berfungsi tanpa komplikasi.

Kolagen juga penting untuk kulit agar tidak berkedut seterusnya mengawal suhu badan dengan baik

Selain itu kolagen sangat penting untuk lutut sebab ia salah satu komponen penting di dalam tulang rawan yang berfungsi untuk mengelakkan tulang di sendi lutut bergesel.

Credit gambar kepada WiseGeek. Gambar kanan adalah lutut yang haus.

Penghasilan Kolagen Semakin Berkurang

Tetapi semakin meningkat usia, penghasilan kolagen semakin perlahan.

Apabila penghasilan kolagen di dalam badan semakin perlahan, kolagen di bahagian lutut akan turut berkurang dan kering.

Ini secara tidak langsung akan menyebabkan sendi dan tulang rawan akan menjadi semakin haus.

Sebab itu ramai warga tua yang menghadapi sakit lutut semakin susah untuk rukuk dan sujud seperti biasa semasa solat.

Asbab sakit lutut ini juga menyebabkan mereka turut menghadapi masalah untuk cergas berjalan dan berlari macam orang muda.

Semua ini berpunca dari kolagen yang semakin menipis di bahagian lutut yang mempengaruhi kelancaran fungsi sendi dan ligamen.

Rawatan Untuk Masalah Sakit Lutut

Rawatan yang biasa untuk sakit lutut yang di sebabkan oleh kolagen semakin haus pada bahagian sendi termasuklah pembedahan untuk menggantikan lutut atau suntikan cecair di bahagian lutut.

Namun begitu pembedahan menggantikan kepala lutut ini biasanya mengambil masa berminggu-minggu untuk bebas dari tongkat.

Ia juga berkemungkinan besar mengambil masa 3 bulan hingga setahun untuk hilang rasa sakit dan bengkak di bahagian kaki akibat pembedahan lutut.

Pembedahan untuk suntik cecair di lutut pula biasanya bertahan antara 6 bulan sehingga 2 tahun.

3 jenis suntikan biasanya termasuk suntikan hyaluronic acid, corticosteroid dan arthrocentesis.

Sesetengah suntikan cecair ini tidak boleh di lakukan dengan kerap. Antara kesan sampingan suntik cecair pada lutut termasuklah, ia akan merosakkan tulang rawan sedia ada.

Alternatif Pembedahan Sakit Lutut

Alternatif kepada pembedahan, anda juga boleh bantu tubuh anda hasilkan semula kolagen dengan mengamalkan makanan yang kaya dengan kolagen, atau terus ambil supplement kolagen.

Contoh makanan yang kaya dengan kolagen adalah seperti sup kaki ayam, sayur hijau dan buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C.

Cuma macam mana anda mahu pastikan berapa mangkuk sup kaki ayam yang perlu di ambil hingga mak ayah yang sakit lutut akan sembuh semula?

Supplement Collagen dari Shaklee

Cara paling cepat, mudah dan selamat untuk merangsang semula penghasilan kolagen dalam tubuh adalah dengan pengambilan supplement Collagen Shaklee.

Collagen Shaklee membekalkan collagen dalam bentuk yang sangat cepat diserap oleh tubuh.

Collagen dari Collagen Shaklee ini akan membantu baikpulih tulang rawan, otot dan ligamen pada lutut yang rosak sekaligus mengurankan sakit lutut tanpa kesan sampingan.

Ia selamat kerana supplement ini telah melalui beratus-ratus ujian klinikal oleh pihak saintis semata-mata untuk memastikan supplement kolagen yang dihasilkan oleh Shaklee ini tiada kesan sampingan.

Shaklee turut menyediakan laman web Health Resource (klik) untuk berkongsi dengan pengguna mengenai clinical test dari Shaklee dan maklumat terperinci mengenai bahan di dalam setiap supplement mereka.

Laman ini turut memperkenalkan barisan saintis dan doktor yang terlibat dalam penghasilan supplement Shaklee.

Para saintis Shaklee menyarankan penggunaan Collagen Shaklee selama 2 bulan berturut untuk lihat hasil yang terbaik.

2 bulan berturut ini akan memerlukan 4 kotak Collagen Shaklee yang bernilai RM 1,192

Untuk dapatkan Collagen Shaklee, anda boleh hubungi saya di :

Khadeejah Hasmad
Whatsapp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.