Cara Merawat Gout Setelah Berpuluh Tahun Menderita Sakit Di Kaki

Saya tahu tentang gout ini sejak kecil lagi.

Bukan saya yang kena, tapi apak saya selalu kena gout.

Gout adalah sakit di bahagian kaki yang pedih akibat terlalu banyak asid urik berkumpul.

Biasanya gout apak datang bila tersalah makan.

Kalau gout, mesti apak akan ambil cuti.

Sakit dia macam jalan atas serpihan kaca.

Rendam Kaki Untuk Hilangkan Sakit Gout

Kat rumah mesti mak akan sediakan sebesen air panas suam untuk apak tuam kaki.

Biasalah kami adik beradik tolong ambil tuala untuk tolong lapkan kaki apak.

Apak juga pernah beberapa kali melalui pembedahan. Sampai satu masa kalau mak bagitahu apak masuk hospital sebab operate, saya dah lali.

Ini mesti sebab sakit kaki.

Bukan itu sahaja, apak juga ikhtiar cari rawatan sampingan seperti makan telur penyu.

Ada mak dan apak jumpa perawat di Kelantan untuk berubat. Tapi bukan bomoh lah.

Pakcik tersebut bagi telur penyu. Alhamdulillah baik sekejap, tetapi selepas itu sakit gout apak datang semula.

Pernah mak sanggup drive tengah malam merentas jalan tanpa highway untuk ke Kelantan sebab apak tak tahan sangat sakit.

Kelantan kan tiada highway.

Ikhtiar Untuk Hilangkan Sakit Gout Dengan Supplement

Oleh kerana kesian tengok apak dan teringin juga nak tengok apak sembuh macam biasa, maka satu hari saya borong supplement bernama Vivix.

Saya borong 6 botol Vivix terus. Waktu itu ada promosi, jadi dapat percuma lagi satu botol Vivix.

Saya minta apak makan dan habiskan.

Beberapa bulan selepas itu adik saya dapat tawaran untuk buat short course study di bumi Jepun.

Seronok lah kami sekeluarga dengan berita ini.

Saya ajak suami untuk meluangkan masa sebulan suntuk di Jepun dengan alasan nak teman adik. Lagipun dia tak biasa berjauhan dari keluarga.

Jadi kami pun terbang ke Jepun bersama adik saya sebab dalam program tersebut hanya dia seorang yang dapat tajaan.

Tiba-tiba sesampai kami di Jepun, mak dan apak suarakan hasrat mereka untuk melawat kami dan adik saya.

Telan air liur saya. Biar betul. Mampu kah apak saya nak berjalan jauh.

Bermacam-macam kerisauan bermain di kotak fikiran.

Di Jepun kita kena banyak berjalan kaki kalau mahu dari satu tempat ke satu tempat sebab kebanyakan bangunan mereka tidak mempunyai banyak parking kereta.

Lagipun sistem pengangkutan awam Jepun seperti train adalah sangat teramat efisien.

Cuma itulah dari rumah nak berjalan ke train station makan masa 10 minit.

Di train station pula nak ke platform pun kena jalan kaki dalam 5-10 minit lagi sebab train station di Jepun adalah besar.

Kami dah berkira-kira untuk cari di mana tempat teksi berkumpul. Itu pun agak mencabar nak cari teksi di kawasan rumah.

Takpe lah, nanti apak sampai kita bincang dengan apak.

Biar Betul?

Sesampainya apak di apartment di Fukuoka, mak apak dah mula ajak berjalan.

Saya – Eh, mana tongkat apak?

Mak – Apak dah tak payah pakai tongkat, kaki dia dah baik.

Saya – Eh, boleh pula baik. Macam mana boleh jadi baik tiba-tiba.

Mak – sebab makan Vivix berbotol-botol yang kau bagi hari tu, baik langsung kaki dia.

Saya – Haa? Biar betul.

Rupa-rupanya, memang betul.

Esoknya mak apak berjalan sendiri berdua, keluar pagi balik petang. Terkejut saya.

Apak langsung tak menunjukkan tanda sakit kaki. Tersenyum sahaja.

Hari berikutnya kami ke taman bunga. Sekali lagi saya terkejut sebab mak apak boleh berjalan 15 minit straight tanpa sakit-sakit.

Subhanallah Alhamdulillah.

Sakan di Korea baru-baru ini

Berkesan juga ikhtiar Vivix untuk apak, dengan izin Allah.

Di Jepun apak makan banyak seafood. Alhamdulillah ia tak mengganggu kaki apak.

Kalau apak anda dah berpuluh tahun sakit gout, saya memang sangat recommend makan Vivix.

Tapi bak kata mak saya : Kena ambil berbotol-botol lah, baru nampak kesan.

Macam saya hari tu bagi 7 botol terus, semua apak habiskan. Minum hari-hari.

Kalau makan ubat doktor pun boleh ambil Vivix. Cuma jarakkan dalam sejam supaya Vivix tak clash dengan ubat.

cara merawat gout

Inilah vivix yang apak ambil

Nak Bantu Mak/Ayah Hilang Sakit Gout?

Untuk dapatkan 7 botol Vivix untuk mak/ayah anda yang sakit gout, boleh tempah di link cara merawat gout ini.

Penghantaran akan di buat di alamat yang anda berikan.

Kalau bagi alamat kampung, Vivix itu nanti sampai di kampung.

Kalau nak harga yang lebih jimat, boleh Whatsapp terus saya di :

 

Khadeejah Hasmad

Whatsapp : 019 477 3457

Shaklee ID saya : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.