Cara Merawat Gout Sampai Apak Boleh Travel Tanpa Tongkat

Shares

Apak saya menghidap gout dah berpuluh tahun sejak saya kecil lagi.

Gout ini adalah penyakit keturunan. Arwah datuk saya ada, jadi pass down kepada apak.

Saya pula kategori pembawa sebab saya perempuan. Kira anak lelaki saya pasti ada.

Dulu kalau apak di serang gout secara tiba-tiba, mesti kami adik beradik akan tolong tuam kan kaki apak dalam besen air suam panas.

Kami pun dah lali sangat apak kena gout.

Selalu sangat apak ambil ubat. Selalu juga apak masuk dewan pembedahan.

Sampai ke saya dah besar dan beranak-pinak pun, apak masih terpaksa MC kalau sakit kaki.

Gout ini, mula-mula akan serang di bahagian ibu jari kaki.

Selepas dari itu ianya akan serang bahagian sendi yang lain.

Kadangkala ia akan serang lutut.

Sebab itu lah setiap kali apak di serang, apak memang terpaksa berjalan bertongkat.

Serangan pula ambil masa untuk surut, bukan surut sehari dua, ia makan berhari-hari.

Titik Mula Kenal Supplement Membantu Rawat Gout

Selepas saya berpantang, saya mula mengenali vitamin semulajadi dari jenama Shaklee. Saya makan vitamin untuk beri tenaga semasa berpantang.

Tidak lama selepas itu, saya berkenalan dengan sebuah vitamin yang premium bernama Vivix.

Vivix ini kawan-kawan cakap bagus bagi kepada mak ayah.

Ramai yang mak ayah sakit lutut, sakit sendi susah nak solat duduk; mereka bagi makan Vivix, Alhamdulillah jadi semakin baik dan boleh solat seperti biasa.

Bukan itu sahaja, mak ayah mereka pun boleh beraktiviti macam orang muda. Sangat cergas.

Sepintas lalu mengenai Vivix yang merawat Gout apak

Vivix merupakan supplement semulajadi yang mengandungi campuran polyphenol dari 4 sumber tumbuhan.

Ia termasuklah anggur muscadine yang mempunyai kulit yang sangat tebal dan hidup di kawasan yang agak panas, tumbuhan japanese knotweed yang lasak, lobak ungu dan buah european elderberry.

–> Baca juga apa itu Vivix

P.s : Polyphenol adalah sejenis anti radang yang sangat kuat. Ia melindungi tumbuhan daripada rosak diserang kulat atau akibat cuaca yang ekstrem.

Kalau untuk pesakit gout, kajian menunjukkan Polyphenol ini boleh membantu untuk elak radang pada sendi yang mengandungi kristal asid urik.

produk merawat gout

Polyphenol di dalam Vivix membantu mengawal asid urik dalam badan yang menyebabkan gout

Borong Vivix untuk rawat gout di samping makan ubat sedia ada

Untuk ikhtiar rawat gout apak, saya borong belanja apak sehingga 7 botol Vivix.

Apak tahu harga Vivix, jadi apak kena habiskan semua botol supaya berbaloi saya borong.

produk sakit gout

Borong untuk apak

Saya tak sangka sangat lebih kurang sebulan selepas apak konsisten makan Vivix, apak dah boleh buang tongkat!

Kan sebelum ini apak dan tongkat bagai berpisah tiada.

Hujung tahun itu kami sekeluarga bercuti ke Istanbul, Turki. Adik-beradik yang belum ada anak kecil ditugaskan untuk standby kalau apak perlu bantuan untuk berjalan, mana lah tahu jika gout menyerang.

Tetapi alhamdulillah mengejutkan, apak boleh berjalan berdua dengan mak sendirian tanpa bantuan kami.

Apak pun dengan bangganya tunjuk gambar tongkat beliau ditinggalkan tepi sofa.

cara hilangkan sakit gout

Tiba-tiba apak tunjuk gambar tongkat kena tinggal. Selamat tinggal tongkat!

Selepas ke Istanbul, kami ke Jepun pula.

Sekali lagi apak buat kami terkejut.

Apak dan mak sakan berjalan sampai kami dah balik bilik pun, mak apak belum balik lagi.

Mak apak jadi sangat cergas dan gout langsung dah tidak menyerang.

Mak cakap, Alhamdulillah ikhtiar apak rawat gout dengan makan Vivix berbotol-botol, hilang sudah gout.

Mak bagi tahu kalau masa makan 2 botol tak nampak kesan lagi. Selepas habiskan semua 7 botol baru nampak kesan.

Wah kuat gout apak saya.

Pun begitu saya bersyukur apak dah tak perlu pakai tongkat untuk berjalan yang disebabkan oleh sakit gout lambat surut.

Biasa kita dengar pesakit gout tak boleh makan daging, kan.

Alhamdulillah kini daging pun apak boleh makan. Memang saya terkejut.

Ada seorang lagi kawan saya yang mempunyai ayah yang kuat sakit gout juga sehingga kalau berjalan terpaksa memapah ke dinding.

Saya kongsikan luahan perasaan beliau ya.

TERPAKSA TELAN PAINKILLER SEBAB TAK BOLEH BERJALAN

Ayah Zarith dulu menghidap gout dah berpuluh tahun, sejak usia ayah 30-an.

Bila Zarith dapat sambung belajar ke German, call rumah setiap hari. Ada satu masa itu ibu kata ayah tak boleh nak jalan. Ayah terpaksa seret je kaki, memapah ke dinding akibat gout.

Nak drive of course la tak boleh juga.

Anak mana tak risau, kan. Makin teruk pula gout ayah.

Kerap juga begitu sampaikan bila termakan makanan yang ada rencah ikan bilis pun boleh terkena gout.

Ayah terpaksa bertahan dengan painkiller setiap hari, baru boleh lakukan aktiviti harian.

Kemudian Zarith dapat tahu tentang resveratrol yang dapat mengatasi masalah asid urik pesakit gout. Salah satu produk yang ada 10 kali resveratrol adalah Vivix.

Demi tak nak tengok ayah jalan memapah dinding lagi, Zarith belikan Ayah Vivix. Alhamdulillah ayah suka.

Berkat konsisten makan Vivix, alhamdulillah ayah dah boleh tinggalkan painkiller, dah tak perlu makan lagi painkiller.

Ayah cakap “Bagus la vitamin awak bagi bagi ayah tu. Ayah tak payah makan ubat tahan sakit lagi.”

Masa Zairth call tanya khabar ayah tu, menitik air mata kat ofis. Syukur alhamdulillah.

-Puan Zarith Sofia

Alhamdulillah kami memang syukur sangat Vivix beri kesan yang baik untuk gout ayah kami.

Dah tak perlu pembedahan lagi.

Dah tak perlukan tongkat lagi. Macam ayah Zarith, tiada lagi episod jalan memapah ke dinding.

Dah tak perlu bergantung kepada painkiller.

Mari Borong Vivix Untuk Ayah Tersayang

Vivix bukanlah sejenis ubat. Walaupun ianya sejenis supplement semulajadi yang dihasilkan oleh team doktor dan saintis ternama dan terbukti secara saintifik membantu sakit gout, ia tidak bertujuan untuk menyembuhkan.

Semasa ambil Vivix, ayah anda tetap perlu teruskan ubat doktor seperti biasa.

Jika gout sudah kelihatan tidak lagi berulang dan ayah anda mahu hentikan ubat doktor, bincang dahulu dengan doktor.

Mak saya kata ..

Untuk ayah yang gout, saya cadangkan untuk anda cuba 7 botol Vivix buat permulaan.

Bak kata mak saya, 2 botol pun masih belum mencukupi. Vivix mengambil masa untuk nampak kesan sebab ianya bukan ubat.

Namun begitu memang sangat berbaloi lah sebab hingga hari ini apak tidak lagi diserang gout.

Berbaloi bagi saya sebab harga sebuah kesihatan apak lebih bernilai.

Berpuluh tahun apak saya terpaksa tanggung sakit gout keluar masuk hospital, makan pelbagai jenis ubat, Jalan pun asyik bertongkat; kini, selepas konsisten Vivix, apak dah boleh berjalan seperti biasa.

Malah apak dah boleh merancang di waktu cuti panjang nak travel ke mana. Tak perlu dah fikir sakit kaki akibat serangan gout.

Oh, baru ini apak dan mak baru balik umrah, pun apak tak bawa tongkat langsung.

Tak sekalipun apak sebut sakit kaki.

Syukur alhamdulillah.

produk merawat gout

Umrah bertenaga 😀

Untuk dapatkan Vivix, anda boleh tempah dengan cara klik gambar di bawah.

Anda juga boleh lebih penjimatan belian Vivix dengan menghubungi saya melalui email [email protected]

Khadeejah Hasmad

Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.