Cara Menghilangkan Sakit Kencing Kotor Semasa Hamil

Shares
Bila kita disahkan mengandung, hormon dalam badan kita akan mula jadi sedikit caca marba.Ada orang, ok je masa mengandung, takde masalah apa-apa.

Tapi jika anda ada rasa alahan macam-macam, jangan sedih, lain orang, lain ujiannya 🙂

Salah satu perkara biasa yang dialami oleh ibu hamil adalah sakit kencing kotor.

Petanda Kencing Kotor Dah Datang

Paling teruk bila buang air kecil, rasa macam vagina ditoreh dan dialirkan air pada luka torehan.

Ya, memang seksa sangat.

Lebih kurang gini lah bertapa dalam bilik air nak tunggu kencing tu keluar. Ya, saya pernah merasa…

Ibu juga akan selalu akan rasa macam nak kencing tapi tak keluar apa-apa; ini juga salah satu petanda kencing kotor.

Tahap kronik adalah bila kencing dah mula nampak darah.

Kencing kotor yang kronik boleh menyebabkan bukan sekadar pundi kencing dijangkiti bakteria, tapi juga dah naik ke buah pinggang, yang memang sangat berbahaya untuk kita dan bayi.

Penyebab Kencing Kotor Semasa Hamil

Selain dari hormon yang dah mula berubah asbab kita mengandung, kencing kotor berlaku sebab kita tahan kencing.

Bila kita tahan kencing, bakteria dari air kencing akan terkumpul dalam pundi kencing dan mula buat jangkitan yang menyakitkan.

Bakteria ini lah yang membuatkan bila kita kencing, rasa seksa sangat.

Cara Menghilangkan Sakit Kencing Kotor

  1. Minum Banyak Air KosongAir kosong adalah penawar yang paling mujarab buat saya setakat ini yang dah 2 atau 3 kali terkena. Minum lah banyak-banyak air masak.

    Air masak ini bantu kita keluarkan bakteria dengan cepat. Bakteria akan keluar bila kita buang air.

    Yang rasa seksa tu sebab nak keluarkan bakteria tu. Tah bakteria tu jenis tajam cam pisau kot 😛

    Tapi kerapkan minum air, insya-Allah makin lama sakit tu akan hilang, dan gesaan nak buang air pun akan makin berkurang

Pantang – Larang Kencing Kotor

  1. Elakkan minum kafein seperti teh atau kopiIa bersifat diuretik. Ada sekali saya minum hanya secawan air teh, terus terkena semula. Aduh!
  2. Lap vagina dari depan ke belakang, untuk menjamin kebersihan vagina
  3. Elakkan bersama dengan suami di waktu sedang kencing kotor, sebab dikhuatiri bendasing dari suami akan menambah terukkan keadaan kencing kotor.
  4. Kurangkan minum air manis dan banyakkan minum air masak atau air kosong, walaupun dah sembuh sepenuhnya dari sakit sebab ia berpotensi datang semula.Ya, kencing kotor ni boleh datang semula walaupun dah makan antibiotik
  5. Elakkan tahan kencing terlalu lama, walaupun dah sembuh sepenuhnya.

Khadeejah Hasmad

WhatsApp : 019 477 3457

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.