Cara Jaga Luka Vagina Supaya Cepat Sembuh Selepas Bersalin

Shares

Majoriti ibu bersalin mengalami masalah vagina koyak semasa bersalin. Sama ada Gynae gunting episiotomi, atau terkoyak sendiri semasa meneran.

Vagina yang luka ini akan membengkak dan secara tak langsung menjadi salah satu punca sembelit semasa pantang.

P.s : Untuk tips tak koyak semasa bersalin, ibu disarankan untuk buat perineum massage semasa mengandung, elakkan meneran semasa bersalin dan bersalin dengan tenang menggunakan teknik Gentle Birth (rujuk senarai Gynae yang pro-Gentle Birth)

Saya pernah alami koyak semasa melahirkan anak pertama. Alhamdulillah anak-anak seterusnya dah tiada kesan koyak.

Hari ini saya nak kongsikan macam mana jaga luka vagina supaya cepat sembuh. 

Bila cepat sembuh, tak lah ngilu dan seram nak buang air, kan.

#1: Pastikan sentiasa kering

Pastikan bahagian tersebut sentiasa kering. 

Kalau lepas buang air, toskan, lap dari depan ke belakang dan dab dab dengan tuala bersih yang sentiasa diganti supaya tiada jangkitan kuman.

Biasanya selepas buang air, saya akan kunci pintu bilik sekejap dan anginkan dengan kipas supaya cepat kering.

#2: Banyakkan rehat

Jahitan di bahagian tersebut ambil masa untuk betul-betul kering dan larut. 

Jadi banyakkan rehat dan kurangkan gerakan.

#3: Kegel

Buat senaman kegel sekerap mungkin untuk melancarkan peraliran darah ke kawasan tersebut.

Peraliran darah yang baik membantu koyak cepat pulih.

#4: Tukar pad kerap

Tukar pad dengan kerap untuk elakkan jangkitan kuman dan supaya kita pun selesa dan tak gatal-gatal di bahagian itu.

Elakkan menggaru di bahagian jahitan.

#5: Banyakkan makanan serat

Banyakkan makan makanan serat dan minum air supaya badan kekal hydrated.

Bila badan hydrated, kita rak sembelit dan secara tidak langsung bila tak sembelit, kita tak perlu nak teran yang membuatkan bahagian jahitan tadi lambat pulih.

#6: Amalkan supplement 

Amalkan Vivix atau jika anda lebih berminat dengan tablet, boleh ambil gabungan Vitamin C dan Vita-Lea (multi-vitamin) untuk bantu luka jahitan cepat pulih.

Supplement membantu tampung kekurangan nutrisi dalam badan, iaitu nutrisi yang diperlukan untuk baik pulih luka.

Jadi bila kita ambil supplement, insya-Allah luka lebih cepat sembuh dan pulih dengan baik, biiznillah.

Banyak-banyak rehat Insya-Allah cepat baik.

Untuk dapatkan supplement Vivix (RM 503.50) atau gabungan Vitamin C dan Vita-Lea, anda boleh hubungi saya di :

Khadeejah Hasmad 

Whatsapp : 019 477 3457

Shaklee ID : 858755 

Sumber : https://www.cgbabyclub.co.uk/article/how-long-will-stitches-take-to-heal

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.