Cara Hilangkan Darah Beku Di Jantung Supaya Tidak Dibedah

Jantung merupakan organ terpenting di dalam tubuh badan kita.

Walaupun ia hanya sebesar penumbuk tangan kita, tapi tanpa jantung, maka berhentilah sistem badan kita dan kita akan mati.

Jantung berfungsi mengepam oksigen dan darah supaya sampai ke seluruh tubuh badan kita agar seluruh anggota kita akan berfungsi dengan baik.

Kalau darah tak sampai ke mana-mana anggota badan, anggota tersebut akan kaku, rosak dan besar kemungkinan terpaksa di buang.

Jadi penting jaga jantung dengan baik.

Tahukah anda jantung kita boleh tersumbat? Teruskan bacaan.

3 Saluran Darah Jantung

Terdapat 3 saluran darah yang penting yang menjadi penghubung jantung dan organ-organ lain:

#1 : Arteri

Arteri adalah saluran darah yang membawa darah dari jantung ke seluruh badan. Aorta merupakan arteri terbesar dan terdekat dengan jantung

#2 : Vein

Vein pula adalah saluran darah yang membawa darah yang kurang oksigen serta sisa-sisa kembali ke jantung yang akan dikeluarkan dari badan. Semakin dekat vena dengan jantung, ia semakin besar.

#3 : Kapilari

Kapilari mencantumkan arteri dan vein. Bersifat kecil dan halus, dan ini akan memudahkan oksigen, nutrien, karbon dioksida dan sisa-sisa lain untuk melaluinya dari jantung dan ke jantung.

Saluran Darah Tersumbat Umpama Longkang Yang Tersumbat

Salah satu punca berlakunya serangan jantung adalah kerana saluran darah pada jantung menyempit.

Bagaimana saluran darah ini boleh menyempit?

Pernah tengok longkang yang bersih dan longkang yang tersumbat dengan sampah?

Begitulah umpamanya arteri kita.

Ada arteri yang bersih tak tersumbat dan ada arteri yang tersumbat.

cara merawat sakit jantung

Air tak boleh mengalir dengan baik jika tersumbat. Begitu juga saluran darah ke jantung, darah tak boleh nak mengalir dengan baik jika saluran darah tersumbat

Plak menyumbatkan saluran darah

Bezanya yang menyumbatkan arteri ini bukan sampah, tetapi kita panggil ‘plak’.

Plak ini terdiri daripada kolestrol, sel darah putih, kalsium dan benda-benda lain yang ada di dalam darah.

Plak ini pula, semakin lama semkin menebal. Lama-lama ia menjadikan arteri kita menyempit.

Bila dah sempit, darah nak lalu pun perlukan ‘tekanan’ yang lebih kuat.

Macam kita perlukan air yang kuat untuk lalu di kawasan parit yang tersumbat tu.

cara hilangkan darah beku di jantung

Tekanan yang tinggi

Di sini lah kita kene perlu tahu apa hubungan antara kolestrol, tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

 

Bagaimana Plak Menjurus Kepada Darah Beku

Plak ini ada satu lapisan luar, dinamakan selaput (fibrous cap). Selaput ni amat rapuh.

Apabila terjadinya satu tekanan yang kuat pada plak ni, atau terdapat inflamasi (radang), selaput ini boleh pecah.

Bila selaput pecah, saluran darah kita akan automatik pecah bersama.

Apabila saluran darah dalam badan kita pecah, badan kita secara automatik akan cepat-cepat berusaha untuk hentikan pendarahan tersebut.

Cara badan kita hentikan pendarahan adalah dengan membekukan darah yang mengalir.

P.s : Kalau kita jatuh atas jalan tar dan terluka, darah yang keluar dari lutut kita akan cepat membeku, betul kan? Begitu lah cara semulajadi badan menghentikan pendarahan supaya badan kita tak hilang banyak darah.

Jadi bila saluran darah di bahagian jantung turut pecah, ia juga akan dibekukan secara automatik.

Di sini lah darah beku tersebut mengkibatkan saluran darah semakin sempit dan darah tidak dapat disalurkan ke jantung.

Maka terjadilah serangan jantung (heart attack).

–> Baca juga 5 tanda awal sakit jantung

Kadang-kadang darah beku tersebut tidak menyumbatkan sepenuhnya arteri tadi, tetapi laluan yang sempit menyebabkan tidak cukup darah akan sampai ke jantung.

Ini menyebabkan kita akan mengalami angina atau sakit dada. Angina ni kadang-kadang boleh hilang dengan rehat, dan ada yang tidak.

Tanda ini perlu dirujuk ke hospital dengan segera kerana darah beku boleh jadi dengan cepat, dan serangan jantung boleh terjadi pada bila-bila masa.

Rawatan Untuk Masalah Saluran Jantung Tersumbat

Terdapat 2 jenis rawatan yang biasa digunakan untuk masalah saluran jantung yang menyempit atau tersumbat.

Rawatan Sakit Jantung #1 : Angioplasty (dengan stent atau tanpa stent)

Prosedur memerlukan doktor untuk memasukkan stent ke dalam saluran darah yang menyempit atau tersumbat menggunakan catheter dan  belon melalui lengan, pergelangan tangan ataupun pangkal paha.

Stent dipasang bertujuan untuk buka bukaan sempit saluran darah untuk membenarkan pengaliran darah.

cara hilangkan darah beku di jantung

Perhatikan stent dan belon di pasang untuk membuka ruang saluran darah yang sempit supaya darah boleh mengalir dengan lebih baik

Rawatan Sakit Jantung #2 : Pintasan jantung (Bypass)

Ini  merupakan major operation.

Salur darah dari bahagian lain badan akan diambil dan dan digunakan untuk membuat pintasan pada jantung yang tersumbat.

Sebagai contoh, salur darah darah kaki atau tangan, atau salur darah dari dada akan digunakan sebagai pintasan kepada jantung.

cara hilangkan darah beku di jantung

Lihat gambar ini untuk ilustrasi contoh bypass yang di lakukan untuk pesakit jantung.

Selepas rawatan pintasan jantung, perkara-perakara berikut perlu di titik beratkan:

  • Menjaga luka pembedahan
  • Pengambilan ubat yang konsisten
  • Menjaga berat badan
  • Hadir untuk kelas pemulihan jantung
  • Jaga cara hidup anda

Kesan pengambilan ubat jantung juga perlu dipertimbangkan.

Tempoh Masa Menunggu Untuk Pembedahan Rawatan Sakit Jantung

Walaupun doktor yang periksa jantung akan sahkan yang jantung anda perlukan rawatan secepat mungkin, pembedahan tetap bergantung kepada availability.

Tempoh menunggu untuk rawatan angioplasty biasanya boleh mengambil masa sehingga sebulan. Bergantung kepada senarai pesakit yang menunggu.

Rawatan jantung bypass pula sangat mengambil masa kerana ia merupakan pembedahan yang besar (major surgery). Pembedahan biasanya terpaksa tunggu lama sebab tidak cukup pakar bedah.

Alternatif Untuk Hilangkan Darah Beku di Jantung

Walaupun anda mungkin terpaksa tunggu hingga sebulan untuk rawatan pembedahan sakit jantung, sakit jantung bukan perkara main-main, ia serius.

Jantung nadi kita.

Namun pihak hospital terpaksa dahulukan mana yang betul-betul kronik atau yang berada di baris hadapan dalam senarai penunggu.

Saya cadangkan semasa menunggu untuk dibedah, anda juga boleh ikhtiar untuk ambil supplement Vivix untuk bantu hilangkan darah beku di jantung.

–> Baca juga 5 tips untuk memastikan jantung sentiasa sihat

Apa Itu Vivix

Vivix merupakan supplement cecair dari Shaklee.

Vivix mengandungi resveratoral.

cara hilangkan darah beku di jantung

Vivix mengandungi resveratoral (kumpulan polyphenol)
Resveratoral membantu pesakit jantung tersumbat,

Mengikut kajian, resveratoral bagus untuk baik pulih saluran darah yang pecah dan mencairkan darah yang beku. Mana-mana darah beku yang resveratoral jumpa, darah beku tersebut akan di cairkan.

–> Baca juga : Apa itu Vivix

–> Baca juga peranan resveratoral dalam sakit jantung

Anda juga boleh ambil Vivix semasa ambil ubat yang doktor beri. Cuma jarakkan sejam dari pengambilan ubat.

Oleh kerana darah beku di jantung adalah perkara yang agak serius, saya cadangkan anda bermula dengan 6 botol Vivix untuk permulaan.

Ini kerana resveratoral diperlukan dalam kuantiti yang banyak untuk baik pulih pelbagai kerosakan dalam salur darah; seperti masalah salur darah pecah, untuk cairkan darah beku, untuk bantu mengurangkan pembentukan plak-plak baru, untuk menghilangkan plak-plak lama dan sebagainya.

Jadi, untuk dapatkan jantung yang kembali sihatdan normal seperti biasa, anda perlukan resveratoral dengan dose yang diperlukan adalah tinggi. Ia bermakna sekurang-kurangnya anda perlukan 6 botol Vivix.

Cara Dapatkan Vivix

Untuk dapatkan Vivix sebagai ikhtiar hilangkan darah beku di jantung sementara menunggu untuk rawatan pembedahan jantung, anda boleh terus hubungi saya :

 

SITHY HARJIEAH IBRAHIM
WHATSAPP : 012 8879897
SHAKLEE ID : 919085

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.