Buaian Baby : Perlu Beli Atau Tidak?

Shares

Saya tak pernah beli buaian dan saya juga jenis yang tidur sekatil dengan baby sejak baby baru lahir hingga usia 2-3 tahun.

Tapi pakcik saya ada yang beli buai elektrik untuk anak bongsunya, memang nampak sangat memudahkan. Dari anaknya usia baru lahir hingga kini berusia tak silap 4 tahun, anaknya memang suka tidur dalam buai tersebut.

Baru-baru ini Adik saya yang baru dapat baby berkira-kira sama ada nak beli buaian untuk baby, atau tidak.

Adik saya jenis yang tidurkan baby berasingan dengan dia, iaitu baby tidur dalam baby cot. Bila baby nak menyusu, baru dia angkat baby.

Antara kerisauan beliau adalah, kalau kita dah beli buai baby, nanti baby dah terbiasa lantas bila balik rumah Mak pun kena bawa buai.

Tapi bila saya lihat situasi Adik saya, bagi saya dia perlu beli buaian.

Sebab apa?

Kalau pun baby dah biasa naik buai, ia sebenarnya memudahkan beliau. Bawa buai balik rumah Mak tu sekejap je. Boleh lipat buai. Nanti pasang lah buai di rumah Mak.

Di rumah Mak kalau dia nak buat kerja dia, boleh letak saja baby dalam buai sambil dia buat kerja tanpa perlu dodoikan baby 2-3 jam sehari.

Credit gambar : AliExpress.com

Jadi nak beli buai atau tidak, kita sesuaikan dengan keperluan diri kita. Jangan ikut-ikut orang lain.

Anda biasa beli buai untuk baby? Boleh kongsikan pengalaman anda?

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.