Bolehkah Minum Kopi Semasa Mengandung?

Shares

Ada orang pantang macam-macam masa mengandung. Semua makan jaga.

Ada orang, tak kisah makan apa asal boleb masuk tekak.

Saya, masa anak pertama saja yang tengok makan apa dan berjaga-jaga. Bila dah mengandung anak kedua dan seterusnya, tak berapa menjaga sangat.

Cuma memang bagus lah kalau jaga makan supaya boleh elakkan kita dari macam-macam penyakit semasa mengandung seperti GDM, pre-eclampsia, keputihan dan sebagainya.

Baiklah hari ini saya nak kongsikan, boleh kah minum kopi semasa mengandung?

Jika anda dah lama menanti zuriat dan setelah bertahun-tahun tunggu, baru sekarang berjaya mengandung, saya sarankan usah minum dulu kopi tersebut.

Bukan apa, langkah berjaga-jaga.

Kopi mengandungi kafein. Kafein ini boleh mengecutkan salur darah dalam tubuh ibu.

Bila salur darah mengecut, dikhuatiri zat makanan dan oksigen yang sepatutnya disalurkan kepada baby, terganggu.

Zat dan oksigen disalurkan kepada baby adalah melalui pengaliran darah yang lancar dan baik.

Jika ini terganggu, dikhuatiri baby akan lahir tak cukup berat atau keguguran di awal trimester.

Kopi adalah selamat di minum semasa mengandung. Cuma kalau boleh pastikan sehari maksima ambil 200mg kafein.

Timbang tara kebaikan dan mudarat sebelum ambil keputusan.

Have a joyous pregnancy!

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.