Bolehkah Ibu Mengandung Angkat Anak Kecil Semasa Mengandung?

Shares

Biasanya bila mengandung, macam-macam pantang-larang timbul. Semua ini adalah untuk kebaikan ibu dan baby dalam rahim.

Namun kalau dah kita mengandung tapi pada masa yang sama ada anak kecil yang baru berusia 1-2 tahun, kesian juga kepada anak kecil kita kan. Dah biasa bermanja berdokong, tiba-tiba sebab kita mengandung, dah tak boleh dokong dia.

Sebenarnya ibu mengandung boleh dokong anak kecil tapi perlu jaga postur badan agar tak sakit pinggang dan orang tua-tua juga kata, supaya rahim tak jatuh.

Ia sama seperti kita angkat objek berat juga.

Ingat, yang penting postur badan mesti menegak. Elakkan membongkok.

Ikuti grafik di bawah sebagai panduan angkat anak kecil semasa mengandung atau angkat barang berat semasa mengandung.

1/ Pastikan postur badan tidak membongkok

Bila membongkok, beban akan terpaksa di tanggung oleh belakang badan kita. Jadi kita akan cepat sakit pinggang.

Credit gambar : healthdamiliesbc.ca

Bila menegak, beban akan ditanggung oleh kaki kita.

2/ Dokong baby dalam postur badan menegak

Dokong baby sama ada semasa mengandung atau tidak, mesti pada posisi menegak.

Credit gambar : familyhealthonline.ca

3/ Angkat baby dari car seat semasa ibu sedang mengandung

Sewaktu kita nak ambil baby dari car seat, pastikan kita masuk dalam kereta dan angkat baby dari dalam kereta.

Credit gambar : allhealth.com.au

Elakkan ambil baby secara membongkok.

Semoga perkongsian ini membantu mengurangkan sakit pinggang anda yang sedang mengandung. Jaga postur kita 😀

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.