Bila Waktu Terbaik Untuk Beli Nursing Bra?

Shares

Bila dah nak dekat bersalin ni, mesti kita berfikir-fikir kan bila agaknya masa terbaik untuk beli nursing bra.

Tapi kita sendiri pun perasan saiz payudara semasa mengandung semakin membesar setiap bulan. Jadi berbaloi ke beli sebelum bersalin.

Jadi bila sebenarnya masa terbaik untuk dapatkan nursing bra?

Seeloknya tunggu selepas baby baru lahir dalam seminggu selepas itu.

Untuk persediaan semasa pantang, boleh lah beli 2-3 helai nursing bra semasa masuk minggu ke-36 pregnancy.

Nanti lepas bersalin, payudara akan bertambah besar sebab dipenuhi dengan susu untuk baby. Biasanya dalam minggu ke-2 dah makin membesar.

Perubahan saiz payudara sehingga selepas bersalin.
Credit gambar : slideshare.net/SantoshKumari11/lactation-80330140

Waktu ini barulah berbaloi kalau nak borong banyak-banyak.

Khadeejah Hasmad

Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.