Bila waktu terbaik belajar mengenai penyusuan susu ibu atau breastfeeding?

Shares

Mengikut pengalaman saya yang baru nak masuk anak 4, seeloknya belajar mengenai ilmu penyusuan sebelum baby lahir.

Dulu sebelum anak pertama lahir, saya banyak belajar dari soalan-soalan ibu yang sedang menyusukan anak.

Kita baca teori, dan kita belajar juga dari realiti penyusuan itu sendiri. Biasanya belajar dari pengalaman orang lebih berkesan.

Sebab nanti kita pun akan alami masalah yang lebih kurang.

Credit gambar : Kidsstoppress.com

Sebagai contoh, masalah yang majoriti ibu akan hadapi adalah susu tak banyak semasa baru bersalin.

Faktanya bukan susu tak banyak, tapi sebenarnya susu yang dihasilkan memang cukup-cukup untuk keperluan bayi. Susu di awal kelahiran pula berbentuk kolostrum iaitu susu yang sangat pekat dan kaya nutrisi.

Susu ini sedikit tapi memang boleh mengenyangkan bayi.

Cuma biasalah kita ibu baru akan resah bila baby menangis tapi susu kita keluar titis-titis sahaja.

Di sini lah kita akan perlukan sokongan suami atau ahli keluarga untuk bantu kita kuat semangat. Jadi mereka ini pun kita kena educate semasa kita sedang mengandung ni.

Sama-sama timba ilmu supaya bila kita panik, suami akan tolong beri kata-kata semangat.

Baby menangis di awal kelahiran bukan semata-mata sebab lapar. Tapi sebab persekitaran.

Bayangkan selama ini baby duduk dalam perut ibunya, setiap saat dengar degupan jantung si ibu, suasana dalam rahim pun sangat selesa untuk baby; tiba-tiba baby lahir keluar ke dunia, perkara pertama adalah dia dah tak boleh dengar degup jantung ibunya setiap saat.

Resah lah baby.

Di tambah pula dengan persekitaran yang mungkin terlalu panas atau mungkin juga terlalu sejuk, tak macam dalam rahim.

Ini semua salah satu sebab antara kenapa baby baru lahir kerap menangis di awal kelahiran.

Berbalik kepada persoalan bila waktu yang sesuai untuk belajar ilmu penyusuan, ianya adalah sewaktu kita disahkan hamil.

Banyakkan baca buku, baca pengalaman ibu-ibu yang lain dan paling penting sentiasa berkongsi apa yang kita belajar dengan suami.

Bukan apa, suami adalah orang yang paling rapat dengan kita, dan suami lah nanti yang akan menyokong kita hingga berjaya menyusukan anak selama 2 tahun penuh.

Insya-Allah saya akan kongsikan serba sedikit ilmu berkaitan penyusuan di blog ini sempena kelahiran anak keeempat yang akan datang.

Sementara itu, kawan-kawan boleh baca coretan penyusuan saya di link berikut.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.