Betulkah Nenas Tak Boleh Makan Semasa Mengandung?

Shares

Biasanya orang tua-tua kata nenas ni tajam. Sebab tu tak boleh makan semasa mengandung. Takut menyebabkan keguguran.

Untuk sesetengah orang, makan nenas tak menyebabkan keguguran.

Tapi seeloknya elakkan makan nenas di awal kehamilan.

2 Sebab Tak Boleh Makan Nenas Semasa Hamil

Nenas ini buah yang kaya nutrisi. Tapi ada sesetengah sifat nenas yang tak sesuai untuk ibu mengandung.

Kenapa tak boleh makan nenas semasa mengandung

Credit gambar : Website Medical News Today

#1 : Mengandungi Prostaglandin

Prostaglandin adalah sejenis hormon semulajadi yang menggalakkan kelahiran bayi. Ia melembutkan serviks bukaan rahim.

Biasanya hormon prostaglandin turut terdapat dalam air mani lelaki.

Sebab itu salah satu cara cepat bersalin adalah dengan melakukan hubungan bersama suami kerana suami akan menyediakan prostaglandin yang semulajadi.

Jadi elakkan nenas.

#2 : Bromelain

Nenas juga mengandungi bromelain yang fungsinya memecahkan ikatan protein.

Sel-sel baru terbentuk dalam tubuh bayi terdiri dari protein. Protein adalah bahan asas untuk sel manusia. Tanpa protein, kita pun akan lemah.

Jadi di khuatiri bromelain ini akan merungkai ikatan protein dalam tubuh bayi yang baru nak terbentuk.

Oleh sebab itu elakkan makan nenas di awal kehamilan.

Mahu tahu makanan apa yang bagus untuk ibu mengandung? Nantikan artikel saya akan datang.

Teman Hamil Anda,

Khadeejah Hasmad
019 695 3317
Shaklee ID : 858755

2 Comments

  1. raihanah 8 August 2017
    • Khadeejah 10 August 2017

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.