Berbaloikah Beli Baju Mengandung? 5 Idea Apa Nak Buat Dengan Baju Mengandung Selepas Bersalin

Shares

Masa mengandung anak pertama dan anak kedua, badan saya tak berapa mengembang. Jadi baju-baju masa sebelum mengandung memang boleh pakai hingga dah nak bersalin.

Tapi masuk anak ketiga dan terkini mengandung anak ke-empat, saya terpaksa beli juga baju baru yang bersaiz XXL walaupun asalnya saya ini hanya bersaiz S, sebab tak tahan baju sendat sangat.

Badan tak mengembang tapi perut sangat ke depan.

Bila masuk trimester kedua, setiap 2 minggu rasa macam perut makin besar.

Adakah berbaloi beli baju mengandung yang lebih besar dari saiz asal kita?

Bagi saya, memang patut dan berbaloi.

1/ Tutup bentuk badan

Bagi saya berbaloi sebab nak tutup segala rupa bentuk badan saya.

Bila perut dah ke depan, pusat pula terbonjol keluar, tudung yang dilabuhkan pun tak boleh dah nak cover pusat bonjol tu.

Jadi memang pakaian saiz besar sangat berguna buat saya.

Beza saiz perut sebelum mengandung dan semasa mengandung. Jadi baju pun mengembang ikut saiz perut.
Credit gambar : schoolplaten.com

2/ Lebih selesa

Baju yang mengikut saiz perut yang semakin membesar ini membuatkan saya lebih selesa untuk berjalan.

Bayangkan cuaca panas di tambah baju ketat dan perut sendat, boleh buat saya hilang mood dan rasa nak marah-marah.

Tapi lepas bersalin dan badan dah mula mengecut ke saiz asal, apa perlu buat dengan baju mengandung ni?

Benda ini sentiasa bermain-main di fikiran saya kebelakangan ini.

Baby keempat ini, banyak kali juga saya perlu tukar saiz baju hingga terkini ambil saiz XL. Itu lah paling besar saya jumpa.

Bayangkan dari saiz S melonjak ke saiz XL.

5 Idea Apa Nak Buat Dengan Baju Mengandung Selepas Bersalin

Jadi antara perancangan saya, nanti lepas bersalin dan dah kurus semula, apa yang saya nak buat dengan baju mengandung ini termasuklah :

1/ Alter

Boleh minta tukang jahit tolong alter untuk kecilkan bahagian lengan dan pinggang.

Seluar pun boleh alter bahagian pinggang, cuma tahap longgar seluar tu kena minta pendapat tukang jahit, macam mana nak buat.

2/ Simpan

Kalau bercadang nak tambah lagi anak, simpan lah dalam stor untuk kegunaan masa mengandung di masa akan datang.

3/ Jual sebagai prelove

Boleh jual sebagai prelove di Shopee atau Flea Market atau mana-mana medium sosial.

4/ Derma

Yang mana masih elok tu bagus juga derma kepada organisasi yang memang cari penderma untuk derma baju.

Masih ramai orang susah yang perlukan bantuan berbentuk baju yang masih elok.

Jom kongsikan, biasanya anda buat apa dengan baju mengandung sejurus kurus semula selepas bersalin?

Khadeejah Hasmad

Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.