Berapa Banyak Air Yang Perlu Ibu Mengandung Minum?

Shares

Ibu mengandung sangat disarankan untuk rajin minum air masak sekurang-kurangnya 2.5 liter mengikut saranan WHO (World Health Organization)

Air masak sangat penting untuk :

1/ Menyalurkan nutrisi kepada baby

Setiap apa yang ibu mengandung makan, nutrisi dari makanan tersebut akan disalurkan kepada baby dalam rahim melalui plasenta.

Di samping sel darah merah yang sihat, air yang kita minum bertugas untuk mengangkut nutrisi ini.

2/ Penyerapan nutrien yang optimum

Air masak juga sangat penting untuk bantu badan ibu mengandung menyerap segala vitamin dari makanan dan dari supplement yang ibu makan.

Kalau air kencing ibu mengandung berwarna kuning, ia petanda ibu belum cukup banyak minum air masak.

Air kencing yang kuning petanda zat-zat dan vitamin-vitamin telah di buang melalui air kencing, ia tak dapat diserap habis oleh badan.

Jadi membazir lah, kan.

Air kencing yang jernih merupakan petanda semua zat dari makanan dan vitamin dah pun di serap dengan optimum oleh tubuh ibu.

Penyerapan ini penting bukan sahaja supaya ibu mengandung sihat dan cergas, tetapi juga untuk menyokong perkembangan baby dalam rahim.

3/ Mengelakkan kelahiran pra-matang

Terlalu sedikit minum air akan menyebabkan badan dehidrasi dan membuatkan contraction datang dengan lebih awal dari sepatutnya.

Ini merupakan salah satu penyebab kelahiran pra-matang berlaku.

4/ Elak edema atau bengkak kaki

Ibu mengandung mengalami masalah bengkak kaki sebab terlalu banyak cecair berkumpul akibat ibu tak aktif bergerak, di samping juga sebab terlalu banyak bahan toksik dari makanan dalam badan ibu yang tak dapat di buang sebab ibu tak banyak minum air masak.

Jadi minum air masak banyak-banyak untuk bantu buah pinggang buat kerja buang toksik, sekaligus mengurangkan masalah bengkak pada kaki.

Air masak boleh di minum sama ada suam atau sejuk berais. Masa mengandung kita tak perlu pantang apa-apa.

Dah minum berapa liter hari ini?

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.