Benarkah Soya Selamat Untuk Pesakit Ovarian Cyst?

Shares

Ovarian cyst adalah sejenis ketumbuhan di dalam ovari tetapi tidak bersifat kanser.

Cyst ini berlaku kerana hormon dalam tubuh tak seimbang iaitu hormon estrogen terlalu banyak. Hormon estrogen yang terlalu banyak akan menyebabkan ‘high turn over cell’

Baik lah mari saya bantu anda untuk memahami adakah benar soya selamat untuk pesakit ovarian cyst?

Mari Kenali 3 Kumpulan -Trogen

Ramai yang tertanya-tanya mengenai ini kerana dikatakan soya mengandungi phytoestrogen. Jadi dikhuatiri apabila kita makan phytoestrogen, maka hormon estrogen pun akan meningkat.

Credit gambar website gob.mx

Mari saya perkenalkan anda kepada jenis-jenis -trogen.

Ada 3 jenis -trogen iaitu :

1/ Estrogen
2/ Phytoestrogen
3/ Xenoestrogen

Walaupun nama macam sama ketiga-tiganya, namun mereka amat berbeza antara satu sama lain.

Xenoestrogen

Xenoestrogen adalah estrogen yang paling merbahaya yang boleh merosakkan sel-sel badan wanita dan menyebabkan penyakit seperti kanser, cyst dan fibroid.

Xenoestrogen kebiasaannya datang dari botol plastik, bekas makanan styrofoam dan semburan pewangi sintetik.

Estrogen vs Phytoestrogen

Baiklah, apa beza pula Estrogen dan Phytoestrogen.

Apabila Estrogen meningkat dalam badan kita, ia akan menyebabkan ‘high turn over cell’

Untuk bahasa mudah faham, ia akan menyebabkan sel sangat cepat bertukar ganti.

Apa keburukan bila sel cepat bertukar ganti?

Analoginya seperti kita fotostat kertas di mesin fotostat.

Apabila kita fotostat dengan sangat laju dan sangat banyak kertas, lama-kelamaan mesin fotostat akan kehabisan dakwat dan rosak.

Ini yang akan menyebabkan sel menjadi ‘abnormal cell’ atau sel yang tidak normal atau sel yang cacat.

Dalam kes Estrogen terlalu tinggi menyebabkan sel bertukar ganti dengan sangat cepat, sel akan jadi tidak normal dan ini akan menyebabkan ketumbuhan seperti cyst dan fibroid semakin membesar.

Phytoestrogen

Phytoestrogen pula mempunyai kadar tukar sel yang sangat rendah. Apabila kita makan phytoestrogen, tindakan tukar ganti sel tadi adalah lebih rendah.

Turn over cell jadi lebih rendah.

Phytoestrogen tidak sama seperti Estrogen biasa. Ianya hanya didapati dari tumbuh-tumbuhan dan bebaa dari kolesterol.

Penting : Baca juga salah faham mengenai phytoestrogen.

Adalah Soya Selamat Untuk Pesakit Cyst?

Jadi berbalik kepada persoalan, adakah soya selamat untuk pesakit cyst?

Bolehkah kita minum minuman soya, makan tempe atau kicap (kedua-duanya ini bahan utamanya soya) jika ada cyst?

Ya soya selamat untuk pesakit cyst. Tapi kalau kicap tu banyak gula, seeloknya elakkan makanan yang tinggi gula putih.

Pendapat yang menyatakan soya tidak selamat untuk pesakit cyst adalah pendapat yang tidak konklusif.

Berikut saya sertakan juga jurnal perubatan yang menyokong amalan makan soya untuk bantu pesakit cyst.

1. Pemakanan soya di uji keatas pesakit PCOS selama 12 minggu

2. Isoflavone di dalam soya bermanfaat untuk pesakit cyst

Yang penting apabila doktor sahkan ada cyst, pastikan kita jaga pemakanan agar tak ter-tambah xenoestrogen dalam tubuh yang menyebabkan pelbagai penyakit tumbuh, serta rajin bersenam dan jaga berat badan.

P.s : Bila berat badan melebihi average, lebihan lemak akan ditukar menjadi Estrogen. Ini juga menyebabkan kadar Estrogen dalam badan menjadi tinggi

Teman Hamil Anda,

Khadeejah Hasmad
Whatsapp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

2 Comments

  1. Sha Mohamed 24 August 2017
  2. qaseh 24 August 2017

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.