Benarkah Plastik Punca Cyst & Fibroid?

Selain beberapa makanan yang boleh mengaktifkan fibroid dan cyst, terdapat beberapa bahan pencemar yang biasa didapati di sekeliling kita yang boleh mengaktifkan lagi fibroid dan cyst.

Antaranya adalah:

-PCB merupakan sejenis bahan pencemar yang kebiasaannya digunakan dalam bahan elektrik seperti kapasitor dan transformers sehingga telah diban pada tahun 1979.

– BPA merupakan bahan kimia industri yang biasanya digunaan dalam pembuatan plastik sejak 1960. Semua sedia maklum ia digunakan di dalam pembuatan bekas makanan dan juga botol susu. Maka penting untuk kita pilih yang tulis ‘BPA FREE’

– Phthalates atau dipanggil bahan untuk memplastikkan, digunakan secara meluas untuk membuat bahan plastik lebih fleksibel. Phtalates berada di mana-mana, makanan berproses, bahan plastik seperti mainan anak-anak, bahan pelekat, detergen, syampu dan pelbagai lagi.

– Paraben adalah bahan pengawet yang digunakan di dalam bahan kosmetik dan makanan. Ia boleh meniru estrogen dan pernah ditemui di dalam tumor payudara dan dikaitkan dengan barah payudara. Paraben boleh dielak dengan membaca label pada kotak atau botol sesuatu produk. selain perkataan paraben, perkataan Hydroxybenzoic acid dan hydroxybenzoate juga bermaksud paraben.

Bahan-bahan toksik ini akan menyebabkan terjadinya peningkatan tekanan oksidatif dan peningkatan insulin di dalam tisu disekitar cyst dan fibroid, selain bertindak meniru hormon estrogen.

Peningkatan tekanan oksidatif dan peningkatan insulin ini akan menyebabkan sel di ovari (untuk keadaan cyst) akan menyebabkan pembiakan tidak terkawal sel theca interstitial di ovari, dan seterusnya menyebabkan ovulasi yang tidak normal.

Perubahan hormon ini kebiasaanya mengurangkan telur yang berkualiti dan sihat.

Tekan butang SHARE jika bermanfaat.

Sithy Harjieah

012 887 9897

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.