Benarkah Pesakit Kencing Manis Tidak Boleh Makan Supplement?

Shares

Zaman sekarang ini terlalu banyak produk kesihatan yang dihasilkan tanpa mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ketat.

Ada sesetengah produk yang buang bahan merbahaya sebelum di uji oleh KKM, kemudian selepas lulus, pemilik produk akan masukkan semula bahan tersebut supaya ianya memberi kesan yang di inginkan oleh pengguna.

Perbuatan ini tidak beretika.

Penjual produk pula hanya fokus kepada untung tanpa memikirkan kesan sampingan yang bakal menghantui pengguna produk.

Sebab itu saya faham benar mengapa jika anda sedang menghidap kencing manis tetapi risau untuk cuba apa-apa jenis supplement tanpa nasihat doktor.

Tetapi ada satu produk yang bukan saya hasilkan tetapi saya sendiri amalkan, yang saya yakin untuk cadangkan kepada semua pesakit kencing manis.

cara turunkan gula untuk pesakit diabetes

Polyphenol di dalam Vivix membantu menurunkan bacaan gula dalam kencing maniso

Produk tersebut adalah supplement bernama Vivix oleh syarikat Shaklee.

3 Bukti Vivix Shaklee Selamat dan Berkesan

Apa beza Vivix supplement yang dihasilkan oleh Shaklee berbanding dengan lambakan produk kesihatan lain di pasaran?

Mari saya kongsikan 3 perbezaan yang bakal mengubah perspektif anda.

Shaklee merupakan sebuah syarikat supplement yang ditunjangi barisan doktor dan saintis yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang nutrisi dan kesihatan.

Klik link barisan doktor dan saintis di dalam team Shaklee untuk mengenali bidang kepakaran dan pengalaman mereka.

1/ Kajian klinikal

Shaklee sangat mementingkan kualiti dan keselamatan produk agar ia tidak mendatangkan kesan sampingan jangka panjang kepada pengguna.

Untuk betul-betul pastikan Vivix ini selamat, maka setiap bahan yang bakal di masukkan ke dalam Vivix telah di uji secara klinikal terlebih dahulu.

–> Klik untuk baca catatan Shaklee berkaitan setiap bahan di dalam semua produk supplement mereka

Ujian dan saringan pula bukanlah hanya buat sekali atau sepuluh kali.

Tetapi mencecah kepada 350 kali ujian klinikal ke atas bahan-bahan untuk menghasilkan Vivix.

Begitu seriusnya Shaklee untuk pastikan Vivix selamat untuk di makan.

–> Baca juga artikel-artikel maklumat secara langsung dari Shaklee berkaitan tips untuk penyakit kencing manis

Produk Shaklee bukan sekadar berdasarkan ribuan testimoni semata-mata.

2/ Landmark Study

Di dalam dunia sains dan perubatan, Landmark Study merupakan sesuatu yang amat besar.

Ia merupakan sebuah kajian yang membandingkan hasil di antara beberapa pengguna untuk memastikan keberkesanan sesuatu produk, adakah ia benar-benar berkesan secara saintifik, atau tidak.

Shaklee mengambil inisiatif untuk setuju bekerjasama dengan Professor Emeritus Dr Gladys Block yang langsung tiada kaitan dengan Shaklee untuk buat kajian ke atas supplement Shaklee.

Dua Siri Landmark Study

Ada 2 Landmark Study yang dijalankan oleh Professor Emeritus Dr Gladys Block. Setiap satu Landmark Study ini makan masa bertahun untuk selesai.

Landmark study ini dijalankan oleh pihak yang langsung tiada kaitan dengan pihak Shaklee.

Ini kerana team Dr Gladys Block yang merupakan epidimiologist amat ingin tahu (curious) adakah benar pengamal supplement mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding golongan yang tidak makan vitamin; atau sama sahaja tahap kesihatan mereka.

Landmark Study yang dijalankan membandingkan keputusan kesihatan di antara tiga kelompok pengguna :

Kelompok #1 : Pengguna vitamin Shaklee selama 20 tahun

Kelompok #2 : Pengguna vitamin jenama lain yang telah amalkan vitamin tersebut selama 20 tahun

Kelompok #3 : Individu yang tidak pernah mengamalkan apa-apa vitamin atau supplement selama 20 tahun

Landmark Study siri I mengkaji produk multivitamin Shaklee iaitu VitaLea.

VitaLea di dapati boleh mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik & selamat digunakan dalam jangkamasa yang panjang.

Landmark Study siri II pula mengkaji produk paling hangat iaitu Vivix. Ia hangat kerana mengandungi polyphenol yang sangat kuat iaitu Resveratrol.

Produk merawat kencing manis

Keputusan Landmark study

Vivix telahpun dibuktikan yang ia berpotensi untuk memanjangkan jangka hayat sel manusia, sekaligus mengurangkan risiko penyakit kronik.

Produk merawat kencing manis

Keputusan berkaitan penyakit kencing manis

3/ Kajian ke atas bahan di dalam Vivix

Ubat dan supplement mempunyai fungsi dan peranan yang berbeza.

Walaupun secara saintifik kandungan di dalam Vivix, iaitu resveratrol, telah terbukti membantu mengawal dan mencegah penyakit kronik, tetapi ia bukan bertujuan untuk merawat atau menyembuhkan penyakit.

Resveratrol di dalam Vivix lebih kepada menyokong rawatan & pencegahan penyakit.

Produk merawat kencing manis

Resveratrol paling tinggi biasanya terdapat pada anggur jenis anggur muscadine

Vivix sangat sesuai di ambil untuk mencegah penyakit.

Tetapi ia juga boleh di ambil oleh individu yang sedang sakit. Ini kerana kita tak boleh nafikan yang sel-sel orang sakit lebih memerlukan nutrisi secukupnya, meleibihi keperluan orang sihat yang tiada penyakit.

Berikut saya kongsikan artikel perubatan berkaitan kajian yang menyokong keberkesanan Resveratrol yang diterbitkan oleh US National Library of Medicine.

Artikel kajian tersebut menyatakan kebolehan resveratrol dalam membantu pesakit kencing manis mengawal gula & melambatkan komplikasi.

P.s : Resveratrol adalah bahan aktif di dalam Vivix

5 Kesimpulan dari kajian ke atas pengguna yang konsisten mengambil resveratrol

Satu kajian ramdomized, double blind, placebo-controlled study telah dijalankan kepada 70 orang penghidap kencing manis.

Kajian ini telah menghasilkan 5 kesimpulan bahawa pengambilan Resveratrol 1g setiap hari selama 45 hari boleh :

#1 : Menurunkan paras gula semasa puasa (fasting glucose)

Bacaan gula yang normal semasa berpuasa merupakan petanda yang badan boleh memproses gula dengan baik.

Ia juga menunjukkan yang insulin dalam badan cukup dan insulin berjaya tukarkan semua gula menjadi tenaga dalam badan.

#2 : Menurunkan kepekatan insulin

Masalah insulin pekat ini biasanya dihadapi oleh pesakit kencing manis tahap 2.

Mereka ada insulin tetapi insulin mereka terintang – tak dapat menukarkan gula dari makanan menjadi tenaga.

Resveratrol akan bertindak mengurangkan rintangan pada insulin dan meningkatkan tahap sensitiviti insulin untuk menukarkan gula menjadi tenaga.

Bila ini berlaku, baru lah bacaan gula dalam darah terkawal.

#3 : Menurunkan bacaan HbA1C

HbA1c ialah satu bentuk hemoglobin yang bergabung dengan gula.

Hemoglobin adalah molekul di dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke tisu dalam badan.

Hemoglobin HbA1c akan bergabung dengan gula.

Untuk bacaan normal, nilainya dibawah 6.5%.

Bacaan yang lebih dari 6.5% menunjukkan pengawalan gula dalam badan tidak berapa bagus.

Apa itu ujian HbA1c?

Ramai pesakit kencing manis kebiasaannya sebelum jumpa doktor akan puasa dan pantang semua jenis makanan.

Walhal pada minggu-minggu sebelum appointment, penghidap kencing manis kebanyakannya tidak berpantang makan langsung.

Oleh sebab faktor ini, pihak hospital perlu jalankan ujian HbA1c.

HbA1c adalah satu cara untuk tengok pengawalan darah pada 3 bulan sebelum penghidap kencing manis mengambil bacaan gula.

Jika HbA1c tinggi, ia adalah petanda yang bacaan gula sebelum bertemu doktor adalah biasanya tidak terkawal, walaupun pada hari tersebut bacaan gula adalah rendah atau bagus.

Jadi untuk mengetahui dengan lebih tepat tahap gula di dalam darah seseorang, pesakit kencing manis perlu ambil dua ujian iaitu ambil bacaan gula dan HbA1c.

#4 : Menurunkan tekanan darah sistolik

Sistolik ialah bacaan tekanan darah bahagian atas.

Sistolik juga merujuk kepada tekanan yang dihasilkan oleh jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Tekanan darah yang tinggi merupakan petanda yang ada masalah pada jantung.

Ia memaksa jantung bekerja dengan lebih kuat dari biasa.

#5 : Menaikkan bacaan kolesterol HDL

HDL adalah kolesterol kategori baik.

Ini kerana ia berfungsi untuk mengangkut kolesterol dari sel ke hati. Hati adalah tempat untuk buang segala toksik dalam badan.

HDL juga bagus untuk mengurangkan kolesterol dalam sel.

Resveratrol ialah salah satu bahan aktif yang terdapat dalam Vivix.

Secara tidak langsung Vivix adalah supplement yang bagus untuk membantu mengawal bacaan gula dalam darah bagi penyakit kencing manis dan melambatkan komplikasi.

Cara dapatkan Vivix

Jika anda sedang menghidap kencing manis, saya sarankan anda untuk ambil 7 botol Vivix sebagai ikhtiar turunkan bacaan gula dan mengelakkan komplikasi kencing manis seperti katarak dan luka pada kaki yang lambat sembuh.

Untuk dapatkan Vivix, anda buat tempahan sendiri di link tempah 7 botol Vivix. 

Jika anda mahu lebih penjimatan, anda boleh hubungi saya melalui email.

Klik [email protected] dan maklumkan yang anda berminat untuk dapatkan 7 botol Vivix.

Insya-Allah saya akan bantu anda dengan cara makan yang efektif dan pandu anda untuk kesihatan yang lebih baik tanpa kencing manis.

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.