Benarkah Ibu Mengandung Kena Makan 2 Kali Ganda Dari Biasa?

Shares

Berbadan dua adalah istilah yang biasa diberi kepada ibu mengandung. Kita nak kena tampung keperluan badan sendiri dan juga tampung keperluan pertumbuhan baby yang sihat.

Tapi betul kah ibu mengandung kena makan banyak?

Nanti kalau berat obese atau kena GDM, macam mana?

Yang sebenarnya semasa mengandung ibu bukan kena makan lebih banyak dari biasa, tapi pilih makanan yang sihat dan bernutrisi dari hari-hari sebelum mengandung.

Badan kita bekerja lebih efisien semasa mengandung. Maksudnya bila kita mengandung, badan kita boleh serap lebih banyak nutrien dari makanan yang kita makan berbanding sebelum ini.

Yang penting adalah kualiti makanan yang kita makan. Bukan kuantiti.

Kalau makan mi segera 2-3 mangkuk, badan kita tetap tak dapat nutrien dari mi tersebut sebab ianya mi segera.

Tapi yang membimbangkan mi segera 2-3 mangkuk ini akan menyebabkan berat badan bertambah dan merisikokan kita untuk GDM dan tekanan darah tinggi semasa mengandung.

Makanan sihat – Kaya nutrisi. Bagus untuk pertumbuhan baby dan kesihatan ibu mengandung.

Makanan tak sihat – Kurang nutrisi tapi banyak kalori. Merbahaya untuk kesihatan ibu mengandung dan tak menyokong pertumbuhan baby yang sihat.

Contoh makan cara sihat tapi tak membuatkan ibu mengandung obese adalah :

#1: Pinggan sihat

Ikut pinggan sihat iaitu makan mesti ada nasi, sayur-sayuran dan protein.

Tambahkan buah-buahan.

#2: Kurangkan makanan tak sihat yang tinggi kalori tapi kurang nutrien

Contohnya seperti air bergula, makanan bergoreng, makanan yang terlalu manis atau berlemak.

Gantikan dengan yogurt, kekacang, telur, buah-buahan segar dan sayur-sayuran atau salad.

#3: Pilih makanan yang kurang terproses

Contohnya roti.

Pilih roti gandum penuh berbanding roti putih yang melalui banyak proses.

Pilih beras perang berbanding beras putih.

Ini juga boleh bantu ibu mengandung kenyang lebih lama dan kawal nafsu makan.

Pilih juga buah-buahan segar berbanding buah dalam tin.

#4: Makanan berlemak, berminyak dan manis hanya sikit-sikit

Makanan berlemak bagus untuk perkembangan otak baby sebab otak terdiri majoriti daripada lemak.

Cuma lemak yang membentuk otak adalah lemak yang sihat. Contohnya makanan seperti buah avocado, kekacang dan walnut.

Kesimpulannya bila kita mengandung, tak perlu makan masak sambal hingga 2-3 hidangan.

Tapi yang perlu makan berganda adalah makanan berkhasiat penuh nutrisi seperti ayam bakar atau ikan stim.

Kawal pemakanan kita agar bukan sahaja baby dapat nutrisi untuk membesar dalam rahim, tapi juga supaya kita tak mudah kena komplikasi mengandung seperti GDM, darah tinggi, sembelit dan sebagainya.

Enjoy your pregnancy!

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Sumber : https://www.babycenter.com/eating-for-two

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.