Bantal Mengandung (Pregnancy Pillow) : Berbaloikah Beli?

Shares

Bila sebut bantal mengandung atau Pregnancy Pillow, saya ingatkan hanya untuk pakai masa mengandung.

Saya pernah beli Pregnancy Pillow jenis cover dari hujung kepala hingga hujung kaki, memang selesa terutamanya bila kandungan dah masuk trimester ketiga.

Bila kita nak pusing-pusing badan masa tidur, Alhamdulillah bantal mengandung boleh support berat perut kita, jadi tak lah berasa sangat sakit pinggang dan badan.

Tapi selepas kelahiran baby, bantal tu dah kena simpan dalam stor sebab saya tak pandai guna selepas bersalin.

2 tahun kemudian, saya mengandung sekali lagi, bantal tersebut dah rosak sebab dah lama sangat tak digunakan. Akhirnya kena buang.

Kalau boleh nak lah sekali beli boleh guna lama-lama kan.

Hari ini baru saya tahu yang bantal mengandung memang boleh digunakan selepas bersalin, terutamanya untuk menyokong baby yang sedang nak membesar.

Jom saya kongsikan beberapa ilustrasi buat panduan kita bersama.

P.s : Bantal mengandung ini ada banyak bentuk, insya-Allah saya akan kongsikan di entry akan datang mengenai ini.

Credit gambar : morphmaternity.com

 

Credit gambar : morphmaternity.com

 

Bantal berbentuk C (C-shaped Pregnancy Pillow)

 

Bantal berbentuk U (U-shaped, full body Pregnancy Pillow)

Pregnancy pillow seperti di atas boleh di dapati di kedai jual barangan bayi seperti Mama Yaya Zone, Tateh dan Mom’s House.

Khadeejah Hasmad

Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.