Baby Carrier : Perlu atau Tidak?

Shares

Semasa hamil anak pertama, saya tak rasa yang saya perlukan baby carrier. Dokong sahaja lah kan anak tu.

Tapi selepas baby lahir dan semakin sihat tembam, agak lenguh juga nak dukung walau sekejap.

Kami mula beli baby carrier dalam harga RM 20. Murah sangat.

Tapi tak sampai seminggu dah rasa nak buang sebab sakit-sakit pinggang.

Rupa-rupanya baby carrier tersebut tak beri cukup sokongan untuk pinggang dan bahu kita. Jadi bila dokong anak guna baby carrier tu pun, masih rasa lenguh badan.

Akhirnya kami putuskan untuk beli baby carrier yang agak berharga iaitu dalam lingkungan RM 500.

Kalau tak salah, jenama baby carrier tersebut adalah Boba.

Memang puas hati betul pakai. Dari anak pertama hingga anak kedua kami pakai Boba ini. Berbaloi-baloi beli.

Ia sangat membantu terutamanya bila saya nak buat kerja rumah seperti jemur pakaian, dan baby tak boleh letak sebab nanti menangis; jadi saya pakai Boba bersama baby.

Kalau berjalan-jalan lagi lah selesa.

Langsung tak rasa sakit pinggang atau sakit-sakit bahu. Lega.

Kini kami dah let go Boba sebab kami jumpa yang lagi best iaitu jenama Ergo Baby.

Lebih kurang begini rupa Ergo Baby kami.

Kebetulan masa pertama kali ke Japan kami lupa bawa Boba, jadi terpaksa cari baby carrier. Dan yang ada pula hanya lah jenama Ergo Baby.

Jadi kami beli lah Ergo Baby. Tak sangka lebih selesa berbanding Boba.

Jadi, adakah perlu beli baby carrier sebelum baby lahir?

Jika anda dah masuk anak kedua, mungkin penting. Tapi apa-apa pun, bincang dulu dengan pasangan ya.

Bagi keperluan keluarga kami, ya baby carrier sangat penting. Dan paling penting pilih yang selesa.

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.