Apps Untuk Ikuti Perkembangan Bayi Dalam Rahim Semasa Mengandung

Shares

Untuk kehamilan kali ini, saya ada install beberapa apps untuk saja-saja ambil tahu perkembangan baby dalam perut. Walaupun dah anak nombor 4, tetap teringin nak tahu perkembangan ciptaan Tuhan dalam perut ni.

Apps yang ini nama dia Pregnancy+

Suka sebab buka je nampak kat background tu rupa baby.

Masa first trimester banyak lah perubahan from week to week. Macam-macam organ mula terbentuk kan waktu ini. Mula-mula takde rupa manusia pun. Macam pokok taugeh je nampak.

Tapi Allah Maha Hebat, Dia mold baby sampai jadi rupa manusia hanya dalam first trimester.

Masuk second trimester, saya perasan baby dalam perut tak ketara nampak beza rupa, tapi organ-organnya sedang mula nak matang dan mula nak function.

Contohnya baby dah mula buang air besar, mula kencing dan semua ni disalur keluar melalui tali pusat.

Baby juga dah mula boleh dengar suara mak dia. Baby kenal tau bau dan suara mak dia. Masa bersalin anak kedua dan ketiga di rumah, suami saya yang sambut anak keluar.

At that moment melalak baby menjerit menangis. Haha. Tapi once cepat-cepat suami letak anak dalam tangan saya, terus baby terdiam 😂😂

Kecik hati Abi tau 😅😅

Ok lah panjangnya tulis 🙊

Kawan-kawan yang sedang preggy tu dah berapa minggu? Meh lah share 😘😘

Khadeejah Hasmad

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.