Apa Yang Terjadi Selepas Sperma Bertemu Ovum?

Shares
Penciptaan manusia adalah sebuah kejadian yang kompleks dan penuh keajaiban.

Untuk manusia meniru penciptaan satu jari yang boleh digerakkan dengan lancar pun, ia bukan perkara mudah.

Pada kali ini, saya akan menceritakan ringkasan apa yang terjadi di dalam tubuh ibu yang bakal mengandung selepas persenyawaan ovum dan sperma.

Selepas Persenyewaan

Selepas persenyawaan, genetik dari sperma dan ovum akan bergabung dan membentuk sel yang baru, sel ini dikenali sebagai sel induk atau bahasa inggeris nya, stem cell.
Sel induk ini akan bergerak menuju ke tiub fallopio sambil membahagi dirinya dengan sangat cepat.
tips ibu mengandung
Sel induk sedang membahagi diri dengan sangat cepat!
Satu sel terbahagi menjadi 2, kemudian setiap sel yang baru tersebut akan membahagi diri sendiri.
Kumpulan sel yang cepat membahagikan diri ini dikenali sebagai blastocyst.
panduan ibu mengandung
Rajah yang lebih jelas untuk sel yang membahagi diri sendiri!
Anda tidak hamil melainkan blastocyst ini berjaya melekatkan dirinya ke dinding rahim.
tips ibu mengandung
Proses perjalanan sel yang telah disenyawakan
Ia akan bertindak seperti pokok yang baru nak tumbuh akar, ia akan mengorek bahagian dinding rahim untuk melekat.
Sedang ‘mengorek’ dinding rahim untuk melekat

2 Kumpulan Sel

Tidak semua kumpulan sel ini akan menjadi bayi.
Kumpulan sel ini akan membahagikan diri mereka kepada 2 bahagian utama; iaitu embryo dan plasenta.
tips ibu mengandung
Warna ungu akan jadi plasenta, warna merah akan jadi fetus
Embryo akan membesar membentuk fetus dan bayi.
Plasenta pula akan membekalkan nutrisi dari ibu kepada bayi dan memindahkan bahan kumuh bayi ke tubuh ibu untuk dibuang.
tips ibu mengandung
Ibu tidak akan perasan perubahan pada tubuh sehingga kebiasaannya minggu ke-5 atau ke-6.

Asid Folik & Protein Untuk Trimester Pertama

2 jenis vitamin adalah kritikal semasa proses persenyewaan ini
  1. Asid Folik
    Kebiasaannya ibu yang merancang untuk hamil digalakkan untuk ambil asid folik kerana seringkali ibu tidak perasan bila ibu mula hamil.
    Asid folik sangat penting untuk memastikan pembentukan tulang belakang yang sempurna dan mengelak saraf rosak pada tulang belakang (spina bifida).
    Tulang belakang bayi terbentuk yang berlaku di awal minggu persenyawaan.
  2. ProteinProtein sangat diperlukan untuk menguatkan dinding rahim supaya blastocyst dapat melekat dan seterusnya membesar.
 
Rujukan:
  1. WebMD
  2. Baby Center
  3. California Pacific Medical Center

Khadeejah Hasmad

Whatsapp : 019 477 3457

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.