Apa Nak Buat Supaya Susu Saya Banyak dan Memancut? 4 Mesti Buat

Shares

Konsep asas menyusu mesti tahu sebelum bersalin lagi adalah : Supply and Demand.

Maksudnya kalau tinggi permintaan susu, maka banyak lah penghasilan susu.

Atau kata mudah : Kalau nak susu kita banyak, ibu disarankan untuk kerap menyusukan baby atau kerap perah/pam susu.

#1: Kerapkan Penyusuan 

Sekurang-kurangnya setiap 3 jam mesti susukan baby atau perah/pam susu.

Dan setiap kali 3 jam itu, pastikan pada setiap sesi, susu dalam payudara dikosongkan betul-betul.

Kalau baby menyusu tapi lepas tu berhenti tak mahu menyusu, tapi kita dapat rasa masih ada susu dalam payudara, jadi kita kena perah atau pam susu tersebut sehingga payudara betul-betul kosong.

Kalau tidak, untuk sesi penyusuan seterusnya, susu tak dapat keluar banyak macam biasa.

Ada ibu yang bertanya, kalau kerapkan penyusuan, nanti takut susu habis pula dalam badan kita.

Sebenarnya bila kita kerapkan penyusuan, lagi banyak susu yang akan dihasilkan oleh sel-sel penghasilan susu sebab badan kita dapat isyarat yang baby kita perlukan banyak susu.

Badan kita memang dah di design untuk meet baby’s demand.

Bila kita kerap perah susu atau kerap susukan baby, badan kita pun akan bekerja lebih keras untuk hasilkan lebih banyak susu once payudara betul-betul kosong.

#2 : Banyakkan minum air

Salah satu komponen utama susu adalah cecair. Susu kan cecair.

Kalau kita tak banyak minum air, agak mencabar juga badan kita nak hasilkan banyak air.

Ada ibu bertanya, kalau dalam pantang boleh minum banyak air ke. Orang tua-tua kata tak boleh.

Sebenarnya boleh dan sangat digalakkan supaya badan kita cepat recover dan dapat susukan baby.

Orang tua-tua just concern kalau minum air banyak, takut luka di bawah (jika ada) lambat kering.

Untuk pastikan luka tu cepat kering, ikut saranan doktor dan sebolehnya anginkan bawah kipas. Insya-Allah cepatlah keringnya nanti.

#3: Makan makanan seimbang 

Susu kita terdiri dari pelbagai komposisi zat dan mineral untuk membantu tumbesaran baby yang sihat. Jadi kita pun mestilah makan makanan yang seimbang supaya susu kita banyak dan penuh khasiat.

Jangan pula dalam pantang nanti sekadar makan nasi dan ikan kering. Mana pula zat nak di beri kepada baby.

Makanlah sayur, nasi dan protein seperti ikan dan ayam.

#4 : Makanan penggalak susu

Makanan penggalak susu adalah berbeza mengikut badan masing-masing.

Contoh makanan penggalak susu adalah seperti kurma, lobak putih dan longan.

Namun begitu, sebelum ambil makanan penggalak susu, kita mesti ikut 3 peraturan wajib di atas mengikut urutan iaitu :

Kerapkan penyusuan 

Minum banyak air

Makan makanan seimbang 

Kalau peraturan yang pertama pun kita tak ikut, makanan penggalak susu pun tak dapat nak bantu badan kita hasilkan banyak susu.

Kerapkan penyusuan itu umpama A B C, sangat-sangat asas dan mesti buat setiap hari.

Lepas baca ni, jangan lupa untuk ceritakan kepada pasangan tau. 

Takpe kalau kita nampak dia macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sebenarnya dia sedang mendengar tu.

Kenapa penting bercerita kepada pasangan?

Sebabnya nanti lepas bersalin, pasangan kita yang dah faham konsep penyusuan ini akan bagi kita kata-kata semangat supaya kita teruskan penyusuan susu ibu.

Penyusuan bukan mudah seperti yang disangka kan. Tapi dengan sokongan orang yang rapat, dan dengan praktis, insya-Allah lama-lama kita akan rasa normal.

Have a Joyous Pregnancy & Happy Breastfeeding!

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.