Apa Itu Vivix, Polyphenol & Resveratoral

Semakin bertambah tahun, dunia perubatan juga berjaya buat beberapa penemuan baru untuk membantu pesakit penyakit kronik.

Kalau sebelum ini mungkin pesakit kanser diberikan rawatan radioterapi, kemoterapi dan beberapa pil ubat; kini para saintis telah bertemu dengan nutrisi yang boleh di ikhtiarkan untuk membantu pesakit kanser.

Kalau sebelum ini mungkin pesakit diabetes perlu terima hakikat kaki mereka di potong; kini mereka boleh ikhtiar dahulu dengan penemuan terbaru saintis zaman moden.

Apakah yang di temui oleh para saintis tersebut?

Makanan yang kaya dengan sejenis vitamin bernama Polyphenol berpotensi untuk membantu pesakit kanser, diabetes, sakit jantung dan pelbagai lagi penyakit kronik yang lain.

–> Baca juga journal mengenai Polyphenol 

–> Baca juga journal mengenai Resveratrol membantu penyakit jantung, saraf, etc

Apa itu Polyphenol?

Polyphenol adalah bahan kimia semulajadi yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan.

Jenis polyphenol yang paling ringkas adalah antiseptik yang telah digunakan sejak berkurun lamanya untuk tujuan merawat luka dan tujuan lain di dalam bidang perubatan.

Terdapat lebih daripada 4,000 jenis polyphenol.

kenali vivix

Polyphenol banyak terdapat dalam tumbuhan berbuah berwarna ungu

Peranan polyphenol

Kebanyakan Polyphenol adalah antioksidan yang sangat kuat dan mampu meneutralkan radikal bebas di dalam badan.

P.s : Apa itu anti oksida?

Mari saya kongsikan sebuah analogi :

Buka kulit pisang, dan biarkan ia selama setengah jam di atas meja.

Pisang tersebut akan bertukar warna coklat, betul?

Warna coklat tersebut adalah petanda pisang tersebut sedang mula di rosakkan oleh udara sekeliling.

Lambat laun jika dibiarkan lebih lama, pisang tersebut akan rosak dan tidak boleh di makan lagi.

Ia juga umpama besi yang berkarat kerana diletakkan terlalu lama di dalam air.

Untuk elak besi dari berkarat, kita perlu salut besi dengan galvani.

Begitu juga lah dengan tubuh manusia.

Apabila kita bernafas dalam udara yang tercemar, bahan-bahan pencemaran dari udara sekeliling akan perlahan-lahan merosakkan tubuh badan.

Ini termasuklah kerosakan yang disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat seperti terlalu banyak gula, terlalu banyak garam dan minuman bergas.

Makan sayur dan makan buah juga berpotensi terdedah kepada pencemaran apabila sayur dan buah tersebut sendiri terdedah kepada pencemaran tanah.

 

Untuk mengelakkan kerosakan dalam tubuh menjadi semakin kritikal, kita perlu ambil makanan atau supplement yang bersifat meneutralkan segala pencemaran yang masuk ke dalam badan.

Selain itu Polyphenol juga berpotensi untuk mengurangkan radang dan memperlahankan perkembangan tumor.

Cara untuk ketahui sama ada buah-buahan atau tumbuhan tersebut mengandungi polyphenol adalah rasa kelat masam.

Di dalam tumbuh – tumbuhan, polyphenol berperanan untuk menyerang serangga perosak dan memberi warna kepada tumbuhan.

Anthocyanins

Polyphenol juga bertindak untuk memberi warna kepada tumbuh-tumbuhan iaitu warna ungu. Pigmen warna ungu ini juga dikenali sebagai anthocyanins.

Anthocyanins bertugas untuk melindungi sel-sel utama dalam badan, menghapuskan radikal bebas dalam tubuh sekaligus mencegah sakit jantung.

Ia melindungi jantung dengan cara memperlahankan proses darah bergumpal dan merupakan anti radang yang baik.

Apa itu Resveratrol?

Resveratrol adalah salah satu cabang dari keluarga Polyphenol yang amat kuat.

Analoginya adalah Polyphenol itu seorang emak.

Salah seorang anaknya adalah Resveratrol.

Anak yang bernama Resveratrol ini adalah anak yang paling hebat antara semua anak Polyphenol.

Resveratrol adalah sejenis antibiotik untuk tujuan perlindungan tumbuh-tumbuhan.

Ia di hasilkan secara semulajadi oleh beberapa jenis tumbuh-tumbuhan semasa mereka di dalam situasi tegang. Contohnya seperti semasa tumbuhan di serang kulat, musim kemarau, radiasi ultraviolet dan semasa tumbuhan di serang radang.

Resveratrol membantu tumbuh-tumbuhan tersebut untuk melawan keadaan yang memungkinkan tumbuhan untuk mati – seterusnya mengekalkan tumbuh-tumbuhan dalam keadaan sihat dan subur.

Kandungan resveratoral di dalam tumbuhan yang paling tinggi adalah di bahagian biji mereka.

Kedua tertinggi adalah pada bahagian kulit buah yang bertanggungjawab untuk melindungi isi buah daripada dirosakkan oleh kulat atau cuaca persekitaran.

4 Tumbuhan Yang Mengandungi Kandungan Resveratrol & Polyphenol Yang Tinggi

Terdapat 4 jenis buah dan tumbuhan yang amat kaya dengan resveratoral.

Tumbuhan #1 : Anggur muscadine.

Anggur ini adalah anggur yang sangat besar.

Kulit anggur muscadine adalah sangat tebal untuk melindungi buah anggur daripada dirosakkan oleh kulat atau cuaca sekeliling.

Nampak macam anggur biasa, tapi kulitnya sangat tebal dan anggur jenis ini lebih kaya dengan polyphenol

Anggur muscadine ini mampu tahan cuaca panas dan tidak berapa perlukan suhu sejuk.

Ia juga sangat tahan lasak sehingga tidak memerlukan semburan racun perosak untuk kekal subur.

Kulit & biji anggur ini lah yang mengandungi kandungan Polyphenol yang sangat tinggi.

Antara keluarga Polypenol di dalam anggur muscadine ini termasuklah resveratrol, ellagic acid (yang berperanan untuk membantu usaha merencat pertumbuhan sel kanser), anthocyanins, etc.

Tumbuhan #2 : Lobak Ungu

Lobak secara umumnya terdiri dari 5 warna berbeza – lobak ungu, lobak hitam, lobak putih, lobak oren dan lobak merah.

Setiap lobak mempunyai kandungan nutrisi yang berbeza.

Di antara semua lobak, lobak ungu mempunyai kandungan polyphenol yang paling tinggi.

Kaya dengan anthocyanins iaitu keluarga polyphenol

Tumbuhan #3 : European Elderberry

European elderberry adalah tergolong dalam keluarga berry. Buah ini mempunyai kandungan polyphenol iaitu jenis anthocyanin yang tinggi.

Tumbuhan ini telah digunakan sebagai tumbuhan perubatan oleh orang asli dan pakar herba sejak bertahun lamanya. Daun, bunga, buah dan akar tumbuhan ini telah membantu penyakit bronkitis, batuk, selesema dan demam.

European elderberry

Bunga dan buah European elderberry juga digunakan di dalam perubatan tradisional Austria untuk rawatan liang pernafasan, mulut, kulit dan penyakit berjangkit seperti demam dan influenza.

Buku pertama mengenai perubatan menggunakan European elderberry ini di tulis oleh pakar fizik German iaitu Martin Blochwich pada tahun 1620-an.

Tumbuhan #4 : Polyganum Cuspidatum

Polyganum cuspidatum atau juga di kenali sebagai Japanese knotweed adalah sejenis tumbuhan renek kategori yang mampu bertahan lebih dari dua tahun.

Ia berasal dari negara Jepun, Korea dan China. Polyganum Cuspidatum juga banyak di dapati di Amerika Utara dan negara-negara Eropah.

Polyganum Cuspidatum – pokok renek yang lasak

Resveratoral di dalam tumbuhan ini adalah sangat berkepekatan tinggi.

Tumbuhan ini agak tahan lasak kerana ia mampu hidup di pelbagai jenis tanah. Akar Japanese Knotweed ini mampu bertahan sehingga suhu bawah beku −35 °C

Cara paling mudah untuk dapatkan Polyphenol dan Resveratoral

4 buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan di atas sama ada tiada di Malaysia, atau jika ada pun seperti lobak ungu, kita sendiri kurang pasti berapa biji buah yang perlu di ambil untuk kesihatan, betul?

Cara yang paling mudah untuk dapatkan Polyphenol dan Resveratoral adalah dengan mengamalkan supplement Vivix dari Shaklee.

kenali vivix

Menggabungkan 4 tumbuhan yang kaya dengan polyphenol dan resveratrol

Vivix mengandungi keempat-empat bahan di atas dan satu-satunya supplement di Malaysia yang mempunyai kandungan resveratoral yang tinggi.

Salah satu dari ribuan pengalaman positif pengguna Vivix termasuklah ayah saya yang telah bebas gout.

Untuk permulaan, saya sarankan anda untuk cuba amalkan 7 botol Vivix.

Vivix bukan ubat, jadi kesannya tidak akan kelihatan serta merta. Anda perlu konsisten makan setiap hari sekurang-kurangnya 6-7 botol untuk menampakkan kesan yang positif pada kesihatan.

Untuk dapatkan Vivix, anda boleh klik link tempah Vivix ini, atau hubungi saya untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak.

Khadeejah Hasmad

WhatsApp : 019 477 3457

Shaklee ID : 858755

No Responses

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.