Apa Itu Vitamin? Adakah Vitamin Itu Ubat?

Shares

Bila sebut vitamin, apa yang bermain di fikiran anda?

Tak pasti? Vitamin tidak penting?

Biasanya istilah vitamin digunakan oleh golongan yang mementingkan kesihatan.

Tetapi tahukah anda bahawa semua manusia memerlukan vitamin tambahan?

Ya, semua orang perlukan vitamin tidak kira sama ada yang sakit, apatah lagi yang rasa macam badan sentiasa sihat.

Sebelum itu, mari saya kongsikan terlebih dahulu tentang cerita apa itu vitamin.

Apa Itu Vitamin?

Setiap makanan semulajadi ada vitamin.

Vitamin adalah sejenis bahan organik yang penting untuk pertumbuhan tubuh manusia.

Namun begitu vitamin tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia secara automatik.

Contohnya seperti vitamin C. Badan kita tak dapat nak hasilkan vitamin C tetapi sangat memerlukan vitamin C untuk pastikan sistem imun sentiasa kuat untuk menyerang pelbagai jenis virus dan bakteria.

Jadi, dari mana kita boleh dapatkan vitamin secara semulajadi?

Vitamin hanya boleh diperolehi daripada makanan atau sumber luar seperti cahaya matahari yang membekalkan vitamin D.

Kenapa Badan Perlukan Vitamin?

Badan kita perlukan makanan untuk terus hidup dan bergerak.

Kalau kita tak makan, badan akan jadi lembik dan letih, betul?

Makanan yang kita makan itu sebenarnya di makan supaya badan kita dapat serap vitamin dan nutrien lain dari makanan tersebut.

Vitamin diperlukan oleh organ dalam badan kita untuk bekerja.

Jadi, kalau kita makan makanan rapu, ia bukan sahaja tidak membekalkan vitamin dan nutrisi yang diperlukan oleh organ, tetapi ia merosakkan organ dan sistem dalam badan.

Kurangkan makanan rapu.

Kenapa Pula Kita Perlu Vitamin Tambahan?

Kita boleh dapatkan vitamin dari makanan biasa.

Tetapi kenapa pula kita perlukan vitamin tambahan dari pil vitamin?

Teruskan membaca.

Makanan sebenar atau dikenali juga dengan istilah real food memang mengandungi vitamin secara semulajadi.

Sebagai contoh, sayur bayam mengandungi vitamin kalsium, vitamin D dan vitamin B Complex.

Bila makan sayur bayam, secara automatik anda akan dapat kesemua vitamin di atas.

Tetapi tahukah anda, kandungan vitamin di dalam sayur bayam 50 tahun lepas adalah lebih tinggi daripada kandungan vitamin di dalam sayur bayam pada zaman ini.

Mengapa jadi begitu?

Pencemaran menyusutkan kandungan vitamin makanan

Nilai vitamin di dalam makanan menyusut kerana zaman sekarang banyak berlaku pencemaran tanah, pencemaran udara dan pencemaran air.

Pencemaran tanah berlaku akibat penggunaan racun perosak.

vitamin itu apa

Pencemaran tanah akibat semburan racun perosak

Bayangkan sayur yang anda makan penuh dengan bahan kimia racun perosak. Agaknya dalam sayur tersebut banyak vitamin, atau lebih banyak bahan kimia?

Pencemaran udara pula berlaku akibat terlalu banyak pembangunan yang berlaku berdekatan kawasan tanaman pada zaman ini.

Vitamin dalam sayur juga banyak hilang semasa proses bawa sayur dari kebun ke pasaraya.

Namun begitu ia bukan alasan untuk tidak makan sayur atau real food yang lain.

Cuma dapatkan vitamin tambahan untuk bantu badan anda top up kekurangan vitamin dari sayur tadi.

Adakah Vitamin Itu Ubat?

Ubat adalah merujuk kepada bahan kimia yang dihasilkan oleh manusia untuk merawat penyakit yang telah mencapai tahap yang agak kronik.

Kebiasaannya ubat memberi sedikit kesan sampingan kerana ia begitu asing dengan tubuh manusia.

Jika terlebih makan, bahan kimia dari ubat akan di simpan dalam tubuh manusia dan membentuk batu atau ketumbuhan yang seterusnya akan mendatangkan penyakit yang lain.

 

Vitamin semulajadi seperti Shaklee pula dihasilkan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Ia langsung tidak sama dengan ubat.

Sebagai contoh, vitamin Polyphenol (Vivix) dihasilkan menggunakan anggur muscadine yang dipetik dari ladang yang terkawal dari pencemaran tanah dan pencemaran udara.

Oleh kerana ia dihasilkan dari bahan semulajadi seperti buah anggur, ianya lebih mesra dengan tubuh manusia.

Makna kata ia tidak mendatangkan kesan sampingan yang negatif.

Jika terlebih makan, vitamin semulajadi yang tidak diperlukan oleh badan akan dibuang melalui air kencing.

P.s : Jika terlebih makan vitamin sintetik, ia akan mendatangkan penyakit kerana vitamin sintetik menggunakan bahan kimia sebagai bahan utama mereka.

Ubat dimakan apabila sakit telah menjadi sangat kronik.

Vitamin pula sebaiknya di ambil semasa anda masih sihat. Ia umpama insurans yang kita ambil sebelum datang sakit atau kemalangan berlaku.

Walaupun begitu, ia tetap boleh di ambil apabila telah sakit, cuma dosnya berbeza dengan orang yang sihat.

Jadi adakah vitamin dan ubat itu sama?

Tidak sama sekali.

Mahu Cuba Vitamin Shaklee?

Jika anda belum pernah makan mana-mana vitamin dan teringin mahu cuba vitamin, saya cadangkan anda cuba 2 botol Vivix terlebih dahulu.

adakah vitamin itu ubat?

Vivix vitamin Shaklee yang premium

Vivix adalah vitamin dari Shaklee yang mengandungi polyphenol. Vivix membantu meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.

Ianya telah terbukti membantu ramai pesakit penyakit kronik seperti kanser, kencing manis dan sakit jantung.

Ia juga telah membantu ramai pengguna yang memang sihat untuk rasa lebih segar badan dan lebih bertenaga.

Untuk dapatkan 2 botol Vivix yang bernilai RM 950, anfa boleh hubungi saya :

Khadeejah Hasmad

WhatsApp : 019 477 3457

Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.