Apa Itu Stem Cell : Darah Dari Tali Pusat Sebagai Aset Kesihatan Baby

Shares

Pertama kali saya tahu mengenai Stem Cell adalah semasa mengandung anak pertama.

Kat hospital kan ada banyak brochure, salah satu brochure yang menarik perhatian adalah mengenai Stem Cell.

Apa itu Stem Cell?

Stem cell dalam bahasa melayu adalah sel induk.

Dari sel induk ini, semua sel akan terhasil.

Sel jantung yang membentuk jantung terhasil dari sel induk.

Sel mata yang membentuk mata terhasil dari sel induk.

Sel paru-paru yang membentuk paru-paru yang sihat, juga terhasil dari sel induk yang sama.

Sel induk ini adalah sel tmyang terbentuk sejurus selepas sperma bersenyawa dengan ovum.

Dari sini satu sel induk tersebut akan membahagi menjadi 2 sel, 4 sel, 8 sel dan seterusnya sehingga membentuk tubuh bayi yang sempurna segala sifat.

Credit gambar : caricord.com

Perlu kah Ambil Servis Simpan Stem Cell

Dalam bidang perubatan, Stem Cell atau sel induk ini digunakan untuk membantu pesakit kronik, contohnya untuk hasilkan lebih banyak sel darah untuk pesakit leukemia atau lebih banyak sel dalam sistem imun untuk membantu pesakit kanser.

Untuk baby kita, Stem Cell tak diperlukan kecuali kalau ada sakit kronik. Cuma ianya umpama insurans atau standby kalau-kalau penyakit kronik datang.

Ianya boleh disimpan hingga baby dewasa.

Biasanya kalau parents adalah carrier Thalassemia dan risau jika baby ada Thalassemia, jadi parents tersebut akan ambil servis ambil Stem Cell dari darah tali pusat sejurus selepas baby lahir.

Stem Cell ini diperlukan untuk bantu masalah darah jika baby atau adik-beradik baby (kakak atau abangnya) ada Thalassemia.

Biasanya memang bukan mudah nak dapatkan Stem Cell. Dapatkan dari Darah Tali Pusat adalah paling mudah, kurang melibatkan risiko infection sebab ia tak melibatkan apa-apa pembedahan.

3 Cara Biasa Dapatkan Stem Cell

Biasanya ada 3 cara untuk dapatkan Stem Cell :

1- Tulang Sumsum

Perlu melalui pembedahan untuk dapatkan Stem Cell dari tulang sumsum. Biasanya tak banyak Sel Induk yang diperolehi dari suntikan tulang sumsum ini

2- Darah Periferi (Periphereal Blood)

Sel Induk atau Stem Cell dari Darah Periferi tidak sebanyak yang boleh didapati dari tulang sumsum

Ia juga tidak sekuat Sel Induk dari tulang sumsum.

3- Darah Tali Pusat

Di ambil dari darah tali pusat semasa tali pusat masih berdenyut semasa baby baru lahir.

Masa baby baru lahir, sebelum plasenta keluar, tali pusat yang menyambungkan baby dengan plasenta akan berdenyut sebab masih membekalkan oksigen dan nutrisi kepada baby.

Jadi kalau nak ambil Stem Cell dari darah tali pusat, waktu inilah adalah biasanya pihak perubatan akan suntik tali pusat.

Darah tali pusat yang masih berdenyut mengandungi Stem Cell yang sangat kuat, bahkan lebih kuat dari yang di ambil dari tulang sumsum atau Darah Periferi.

Stem Cell dari Darah Tali Pusat juga lebih mudah menyesuaikan diri dengan sistem badan mana-mana penerima.

Ini bagus untuk mengelakkan kesan sampingan penerimaan Stem Cell.

Mahu Ambil Atau Tidak?

Nak ambil atau tidak servis simpan Stem Cell, terpulang kepada perbincangan dengan pasangan.

Biasanya di klinik-klinik Gynae ada brochure syarikat Stem Cell. Contoh company yang buat servis ini termasuklah Cell Safe dan CryoCord.

Anda pernah ambil servis simpan Stem Cell dari darah tali pusat baby? Jom kongsikan pengalaman di ruangan komen.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.