7 Senaman Untuk Memudahkan Proses Bersalin Dengan Tenang dan Mudah

Shares

Bersalin adalah sebuah marathon.

Allah sediakan tempoh masa 9 bulan kepada kita untuk kita pelajari apa yang berlaku semasa mengandung sekaligus pelajari what is actually happening during birth supaya kita bersedia dan achieved gentle easy natural birth.

Dari pengalaman saya bersalin 3 anak setakat ini, saya perasan memang bersalin adalah sebuah proses yang memerlukan badan kita fit.

Contohnya jika tak rajin bergerak dan berjalan sepanjang mengandung, nanti semasa in labor, surges (contraction) akan dirasa amat panjang dan sakit.

Ini pengalaman anak pertama.

Sebaliknya jika setiap hari kita luangkan sedikit masa 10-30 minit untuk berjalan kaki atau aktif, insya-Allah kita tak berasa sangat. 

Sedar-sedar, eh baby dah nak keluar?

Alhamdulillah tiba-tiba baby dah nak keluar ni adalah pengalaman anak kedua. Kelahiran anak ketiga lebih mudah sebab mungkin masa ini kami kerap travel dan berjalan kaki semasa travel.

Baik lah, boleh saya nak berkongsi hari ini?

Saya nak kongsikan hari ini 7 senaman mudah yang bertujuan untuk membantu proses bersalin yang mudah, tenang dan kurang sakit tanpa bantuan painkiller.

Senaman-senaman ini membantu untuk buka bukaan di bahagian pelvis dan bantu baby untuk duduk dalam posisi yang mudah bersalin iaitu LOA (Left Occiput Anterior)

Waktu terbaik senaman

Waktu terbaik mulakan senaman-senaman ini adalah sejurus kita tahu kita mengandung.

Kalau tunggu-tunggu sampai hujung, otot-otot kita yang kejung sebab gaya hidup tak aktif tu, akan ambil masa untuk dilembutkan.

Tapi kalau baru tahu dan dah dalam trimester ketiga, bagus mulakan hari ini.

#1: Jalan Kaki

Target untuk jalan kaki sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Berjalan kaki membantu badan kita seimbang pada hari nak bersalin nanti.

#2: Duduk posisi yang betul 

Duduk mungkin nampak bukan macam senaman. 

Tapi percayalah, hanya dengan duduk dan jaga postur semasa duduk, ia sangat membantu untuk guide baby masuk posisi LOA.

Duduk tegak dan sedikit ke depan akan menguatkan dan menstabilkan pelvik kita.

Elakkan bersandar di kerusi malas atau di katil.

Masa duduk, pinggang mesti lebih tinggu dari lutut.

Kalau boleh berlatih duduk yang tak perlukan kita bersandar, contohnya duduk atas birth ball (gym ball) supaya kita boleh balance kan cara duduk dan postur badan yang tepat.

Duduk bersila 

Bersila akan tolong tolak rahim ke depan, tolong tegangkan kaki dan juga buka ruang pelvik dengan lebih luas.

Duduk mencangkung 

Bantu kuatkan bahagian pelvik supaya semasa in labor nanti kita lebih tenang dan bahagian tersebut tak rasa tense.

Ingat : Kebanyakan kita yang kerja di pejabat atau rutin harian tak aktif, tak berapa menggerakkan otot. Sebab tiada keperluan pun kan untuk berlari atau rajin berjalan kaki.

Namun perkara ini membuatkan otot kita makin lama makin kejung.

Rajin bersenam walaupun duduk akan bantu lembutkan otot-otot yang kejung. 

Kalau otot kejung, bila dah masa in labor baru nak praktis macam-macam, risau masa ni kita dah mula tak tahan je nanti.

#3: Sandar Ke Depan

Biasanya kita sandar ke belakang, kan.

Tapi untuk guide baby masuk posisi mudah lahir supaya kita pun mudah bersalin, kita perlu mula rajin bersandar ke depan.

Guna lah apa sahaja tools.

Pegang kerusi dan sandar ke depan, meja boleh, birth ball boleh, katil boleh atau minta suami duduk depan kita dan kita sandar pada dia.

Mengikut pengalaman orang terdahulu, kalau posisi baby masih posterior (belum LOA), ibu akan dinasihati untuk cuci lantai sambil cangkung berus guna tangan.

Kedudukan ini pun umpama sandar ke depan.

Graviti akan menarik belakang baby supaya duduk membelakangkan badan kita dan guide baby ke posisi yang betul.

#4: Pelvic Rock

Ini adalah senaman ringan yang membantu tulang pelvik longgar dan melembutkan bahagian bawah belakang.

Kalau ibu dah melepasi minggu ke-30 dan nak ubah posisi baby dari posterior ke anterior, kita boleh buat senaman ini semasa rasa baby sedang bergerak.

Cuba buat 3 kali sehari, total 20 minit sehari.

#5: Duduk Rama-rama 

Duduk rapatkan tapak kaki kanan ke tapak kaki kiri. Gerakkan kaki ke atas dan ke bawah hingga rasa otot kaki menegang.

Boleh minta suami untuk tekan di bahagian kaki untuk tambah rasa tegang.

Duduk rama-rama ini bantu bukaan pelvik dan melembutkan bahagian bawah.

#6: Bersandar Ke Depan

Gerakan ini membantu melonggarkan ligamen rahim yang kejang.

Rahim kejang disebabkan oleh gaya hidup kita yang tidak aktif dan selalu duduk sepanjang masa.

Buat selama 30 saat sahaja. Boleh buat 1-3 kali sehari.

P.s : Rujuk Gynae anda sebelum buat senaman ini. Jika anda mengalami masalah rahim tegang, tekanan darah tinggi, atau baby terlalu kerap bergerak, elakkan senaman ini.

#7: Posisi Tidur Yang Optimum 

Masuk sahaja minggu ke-20, ibu mengandung disarankan untuk elakkan dari tidur terlentang sebab rahim semakin membesar.

Bila rahim semakin membesar, dan kita pula tidur terlentang, rahim akan menghimpit organ dalam badan dan boleh menyebabkan sakit belakang, masalah pernafasan, masalah penghadaman, buasir, tekanan darah rendah dan mengganggu pengaliran darah kepada jantung ibu dan baby

Posisi tidur yang terbaik adalah tidur mengiring atau mengiring ke kiri.

Tidur mengiring ini membantu pengaliran darah san nutrien yang optimum untuk plasenta dan baby.

Posisi ini juga bantu baby untuk berada pada posisi mudah dilahirkan iaitu Left Occiput Anterior (LOA)

Ok tujuh sahaja senaman mudah untuk bersalin senang dan tenang biiznillah. Yang penting mula sikit-sikit dan konsisten. 

All the best for your birth!

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.