6 Vitamin Penting Untuk Ibu Mengandung Trimester Pertama

Shares

Ibu mengandung sangat kritikal amalkan vitamin supplement tambahan kerana kini, badan kita bukan sahaja nak tampung keperluan diri sendiri, tetapi lebih penting dari itu, ianya perlu menampung keperlua bayi yang sedang aktif membesar dalam perut.

Kalau selama ini badan kita hanya perlukan nutrien untuk seorang, kali ini, ia perlukan nutrien untuk dua orang.

Oops, jangan salah faham, ia bukan tiket untuk ibu makan 2 kali ganda dari biasa. Tetapi untuk kita upgrade pemakanan kita menjadi pemakanan yang sihat 2 kali ganda.

6 Vitamin Penting Untuk Ibu Mengandung Trimester Pertama

Hari ini saya nak kongsikan 6 vitamin penting di dalam Set Mengandung Premium Shaklee yang saya sendiri amalkan semasa kehamilan anak kedua dan ketiga.

Lebih-lebih lagi di Trimester Pertama iaitu waktu semua bahagian organ mula nak membentuk. Amalkan vitamin adalah sebagai salah satu ikhtiar nak pastikan bayi dalam kandungan sihat, sempurna dan kuat.

Vitamin Mengandung #1: B Complex

Bermula saat pasangan merancang untuk mahukan zuriat, isteri di nasihatkan untuk ambil B Complex walaupun belum ada bayi dalam kandungan.

Ini sebab kita hanya akan tahu baby wujud pada minggu kedua atau minggu ketiga. Waktu ini salah satu bahagian terpenting baby dah pun mula membentuk iaitu bahagian tulang belakang.

Andai ibu tadi tak cukup vitamin B9 (asid folik) sebelum mengandung, dikhuatiri baby yang dikandung ada masalah tulang belakang terkeluar dari badan.

Selain dari itu, Vitamin B Complex juga mengandungi pelbagai Vitamin B yang penting untuk membina saraf bayi yang kuat dan mengelakkan morning sickness

Vitamin Mengandung #2: Protein (ESP)

Dulu waktu saya mula-mula ambil Set Mengandung Premium, ESP adalah antara supplement yang saya titik beratkan.

Ini kerana saya sangat mudah letih. Alhamdulillah ESP membekalkan tenaga untuk memastikan saya kekal cergas walaupun mengandung sambil perlu jaga anak kecil.

Protein juga bertindak sebagai bahan asas untuk bina sel dalam badan baby. Sel yang sihat dan kuat penting untuk pembentukan organ yang sihat dan kuat.

Protein juga penting untuk mengelakkan ibu mengandung dari mengalami tekanan darah tinggi (pre-eklampsia) yang membahayakan ibu dan membantu mengawal paras gula ibu yang mengalami masalah kencing manis (GDM)

Vitamin Mengandung #3: Sustained Released Vitamin C

Vitamin C sangat penting untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Ia membantu membekalkan kolagen yang penting untuk penghasilan tendon, sendi yang kuat, tulang, dan kulit yang sihat dan cantik.

Vitamin C juga penting untuk menguatkan sistem imun ibu mengandung untuk melindungi ibu dan bayi dari jangkitan kuman atau bakteria merbahaya.

P.s : Sistem imun ibu mengandung akan automatik menjadi rendah disebabkan oleh badan ibu mahu menerima bayi.

Kalau ikut standard prosedur, apa-apa benda asing dalam badan akan di singkirkan dan di lawan oleh sistem imun kita. Tetapi badan ibu mengandung kenal bayi yang walaupun bayi tersebut adalah benda asing tetapi boleh diterima, badan automatik merendahkan sistem imun.

Bila sistem imun direndahkan, ibu perlu kuatkan badan agar tak mudah diserang demam, batuk, demam campak dan sebagainya supaya tak merisikokan kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungan.

Vitamin Mengandung #4: Calcium, Vitamin D, Magnesium (Ostematrix)

Bayi yang sedang membesar dalam kandungan sangat memerlukan kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat.

Selain itu ia kritikal untuk bantu pembentukan jantung bayi yang kuat, sistem saraf dan otot-otot bayi.

Kalsium juga penting untuk pembentukan darah yang mencukupi untuk ibu dan bayi dan mengelakkan risiko ibu mengandung tumpah darah semasa bersalin.

P.s : Pastikan supplement kalsium yang kita ambil turut dilengkapi dengan agen penyerap kalsium iaitu Magnesium dan Vitamin D.

Agen-agen penyerap ini penting untuk bantu badan kita serap kalsium dengan efisien. Jika tidak, kita makan kalsium tetapi tiada kesan sebaliknya berkumpul jadi penyakit.

Ostematrix dari Shaklee menyediakan Kalsium, Magnesium dan Vitamin D dalam satu kaplet mudah telan.

Magnesium dan Vitamin D juga penting untuk mengelakkan kelahiran pra-matang.

Vitamin Mengandung #5: Multi-Vitamin Iron Formulated (Vita-Lea)

Walaupun zaman sekarang semakin maju dengan pelbagai jenis sayur dan tanaman yang pelbagai, masih ramai wanita yang menghadapi masalah HB terlalu rendah semasa mengandung.

Ini kerana walaupun sayuran hijau kaya dengan zat besi, namun ianya masih tidak mencukupi untuk ibu mengandung yang memerlukan zat besi dua kali ganda dari biasa. Kebanyakan zat besi hilang akibat pencemaran udara, pencemaran tanah semasa ia di tanam dan semasa sayur di masak.

Oleh sebab itu ibu mengandung digalakkan untuk turut amalkan Vita-Lea iaitu Multi-Vitamin yang diformulasi dengan Zat Besi untum bantu tampung kekurangan zat besi.

P.s : Gynae saya pernah berpesan agar elakkan makan kerang untuk naikkan HB kerana ia sangat bertoksik

Vitamin Mengandung #6: Omega Guard

Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengamalkan Omega yang kaya EPA dan DHA mempunyai kesan positif untuk membantu perkembangan kognitif bayi dan membantu perkembangan sistem penglihatan bayi.

Ibu mengandung yang mempunyai sejarah alergik atau suami punya apa-apa alergik turut digalakkan untuk amalkan Omega Guard sebagai ikhtiar mengurangkan risiko alergi dalam bayi

P.s : Omega Guard dari Shaklee menjalani penyulingan sebanyak 3 kali untuk memastikan ianya betul-betul selamat dari merkuri dan bahan pencemaran lain.

Omega Guard Shaklee juga mengandungi 99% minyak ikan, bukan minyak hati ikan.

Pengalaman saya amalkan Set Mengandung Premium Shaklee

Saya amalkan Set Mengandung Premium Shaklee untuk anak kedua dan anak ketiga. Anak pertama masa tu belum kenal Shaklee.

Alhamdulillah nampak sangat perbezaan dari segi imunisasi dan ketahanan badan melawan penyakit berbanding anak pertama.

Kurang sakit semasa mengandung

Masa mengandung anak pertama saya kerap sakit pinggang. Tetapi alhamdulillah mengandung anak kedua dan ketiga kurang sakit-sakit pinggang atau kebas-kebas kaki.

Anak lahir berat cantik

Alhamdulillah anak-anak saya juga lahir pada tempoh matang iaitu melepasi minggu ke-37. Berat mereka juga sangat cantik iaitu dalam range 3 kg walaupun saya ini berbadan kecil.

Syukur anak-anak saya lahir dengan sangat sihat dan tembam.

Mahu dapatkan Set Mengandung Premium Shaklee

Set Mengandung Premium Shaklee ini tahan untuk tempoh 1-3 bulan. Ibu digalakkan ambil dari trimester pertama hingga ke waktu bakal bersalin nanti.

Hubungi saya seperti di bawah untuk dapatkan Set Mengandung Premium Shaklee anda.

Teman Hamil Anda,
Khadeejah Hasmad
Whatsapp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.