6 Tips Untuk Ibu Mengandung Yang Susah Tidur Walaupun Dah Bilik Dah Gelap

Shares

Susah nak tidur malam atau insomnia semasa mengandung biasanya datang pada trimester ketiga.

Banyak sebab insomnia berlaku. Saya kongsikan dahulu antara 5 sebab ibu mengandung susah nak tidur lena di malam hari.

1/ Kerap ke tandas

Bila baby dah semakin membesar dalam rahim, ia akan menekan pundi kencing ibu. Jadi waktu tengah malam pun ibu akan kerap terjaga sebab nak terkencing.

2/ Kebas kaki

Biasa tak sedang lena tidur tiba-tiba kita rasa nak tegangkan kaki. Bila tegangkan kaki, alamak, tiba-tiba rasa kebas.

Terus terjaga susah nak tidur sebab nak urut bahagian kebas tersebut.

3/ Fikir macam-macam

Biasa lah bila nak terima baby baru, tak kisah lah kita ni first time mother atau anak dah berderet pun, risau tu tetap ada.

Risau nanti lepas lahir macam mana nak urus baby. Kalau ibu kerja pejabat, risau nak hantar ke pengasuh yang mana bagus, nak mulakan penyusuan susu ibu, nak urus pertambahan anak dan sebagainya.

Risau-risau ni boleh buat otak ligat berfikir dan akhirnya susah nak tidur.

Credit gambar : healthline.com

4/ Heartburn

Bila tersalah makan pedas ke, atau terlebih makan; kita akan rasa heartburn iaitu rasa semacam pada bahagian dada.

Kadang-kadang rasa ini tak hilang walaupun dah nak tidur malam.

5/ Perut semakin membesar

Perut yang semakin membesar dan bertambah berat menyebabkan sedikit cabaran bila nak pusing-pusing semasa tidur.

Kalau tidur terlentang, ada ibu mudah sesak nafas sebab rahim yang membesar menekan organ-organ lain dalam badan.

Kalau tidur mengiring, mesti lah kejap nak ke kiri dan kejap nak ke kanan. Tapi nak pusingkan badan tu perlu buat perlahan-lahan sebab kandungan dah semakin berat.

6 Cara Atasi Masalah Susah Tidur Semasa Mengandung

Jadi, apa perlu buat bila ada masalah susah nak tidur semasa mengandung?

Jom saya kongsikan 6 perkara boleh buat untuk atasi masalah insomnia atau susah nak tidur masa mengandung :

1/ Bangun sekejap

Kalau rasa dah 20-30 minit pun tak lelap mata, cuba bangun untuk buat kerja yang kecil. Bukan basuh toilet pula. Cuba tengok bil elektrik dah bayar ke, belum.

Elakkan buat kerja yang aktif sebab bila badan kita aktif, memang tiba-tiba rasa segar semula. Maka bertambah susahlah nak tidur.

2/ Luah perasaan

Kalau kita susah nak tidur sebab fikir macam-macam itu dan ini, tapi susah nak cari solusi, cuba luah perasaan kepada pasangan atau rakan-rakan rapat yang memahami.

Tak pun, cuba tulis dalam diari untuk luahan perasaan supaya kita lega sekejap.

P.s : Kalau takut sakit bersalin, boleh ikuti perkongsian saya untuk identify root of fear to birth & releasing the fear via teknik HypnoBirthing yang saya amalkan semasa bersalin anak pertama, kedua dan ketiga dan Insya-Allah akan saya amalkan semasa bersalin anak keempat ini juga.

3/ Elakkan kafein atau minuman bercoklat

Ini kerana minuman-minuman ini akan menyebabkan kita buntang mata susah nak tidur.

4/ Kurangkan gadget sebelum tidur

Cahaya dari gadget seperti handphone, tablet, laptop dan televisyen boleh mengganggu rasa mengantuk.

Ianya mengganggu hormon melatonin yang penting untuk membuatkan kita rasa mengantuk.

Cuba tutup dan jauhkan diri dari gadget sejam sebelum waktu tidur supaya mudah untuk kita tidur.

5/ Cuba selesakan diri

Mungkin bilik tidur terlalu sejuk atau terlalu panas, jadi kita susah nak tidur. Cuba adjust suhu dalam bilik tidur.

Kalau terlalu sejuk, boleh tambah selimut.

Kalau terlalu panas dan kipaa siling pun tak cukup menyejukkan, boleh pasang aircond atau tambah kipas kaki.

Kalau rasa sakit belakang masa tidur, boleh tambah bantal. Ibu mengandung memang normal untuk tidur dengan banyak bantal; bantal di kaki, di pinggang, di belakang badan, etc.

Biar banyak bantal asalkan boleh dapatkan rehat yang secukupnya.

Kalau nak lebih mudah, cuba dapatkan bantal mengandung pelbagai saiz di kedai barangan bayi.

6/ Supplement untuk bantu tidur

Ibu mengandung yang susah nak tidur juga boleh cuba amalkan supplement Ostematrix dari Shaklee untuk bantu mudahkan tidur.

Supplement ini mengandungi magnesium. Selain daripada mencegah kaki dari kebas-kebas dan mengelakkan sembelit; magnesium juga dikenali sebagai penenang otot yang semulajadi (natural muscle-relaxing) sekaligus membantu kita untuk mudah tidur.

Semoga perkongsian ini membantu ibu-ibu mengandung yang susah nak tidur untuk dapatkan tidur lena sebelum bersalin.

Have a sweet dreams!

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755
Whatsapp : 019 477 3457

No Responses

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.